Sunday, June 22, 2008

Dua Pam Di Stesyen Minyak Sempadan

Semalam kerajaan mengumumkan satu lagi langkah berkaitan penstrukturan semula harga minyak; menyediakan sistem dua pam di stesyen minyak berhampiran sempadan.

Pengumuman itu dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri sejurus selepas taklimat berkaitan kenaikan harga minyak kepada Ahli Parlimen (MP) BN di Angkasapuri.

Tujuannya supaya rakyat negara jiran beli minyak dengan harga pasaran sebenar.

Tujuannya juga supaya rakyat Malaysia tahu harga sebenar minyak tanpa subsidi.

Sebabnya rakyat Malaysia tidak pernah tahu harga sebenar minyak di pasaran dunia!

Ini adalah lanjutan daripada rentetan pengumuman-pengumuman berkaitan harga minyak.

Antara rentetan pengumuman tersebut;

1. Semasa kempen pilihanraya umum baru-baru ini, Datuk Najib umumkan harga minyak tidak akan naik selepas pilihanraya.

2. Selepas pilihanraya, wartawan sekali lagi bertanya sama tentang kenaikan harga minyak. Datuk Najib jawab harga minyak tidak akan naik.

3. Datuk Shahrir umumkan, kalau berlaku sedikit kenaikkan harga minyak, akan bermula Ogos 2008.

4. Kerajaan umumkan rakyat negara jiran tidak dibenarkan membeli minyak melebihi 20 liter di stesyen minyak sekitar sempadan bermula 1 Jun 2008.

5. Kerajaan umumkan tarikh minyak tidak boleh dijual kepada rakyat negara jiran diubah kepada 9 Jun 2008.

6. Pak Lah umumkan harga petrol dinaikkan RM 0.78 dan diesel RM 1.00 pada 5 Jun 2008.

7. Kerajaan umumkan rakyat negara jiran boleh beli semula minyak di stesyen sekitar sempadan pada 5 Jun 2008. Tak sempat pun berkuat kuasa...


Dan semalam, najib umumkan lagi...

Sorang ketua editor negeri akhbar Sinar Harian menulis, "Semua yang pemimpin kata tidak adalah ya sebenarnya.."

Seorang sasterawan pernah bermadah, 'siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri.'

Apa lagi yang akan diumum selepas ini?

No comments: