Saturday, June 7, 2008

Petua Turunkan Harga Minyak

Kenaikan harga minyak oleh Pak Lah dan Menteri Kabinet Barisan Nasional beberapa hari lepas menimbulkan kegelisahan melampau dalam kalangan rakyat.

Pengumuman itu sekaligus mengesahkan bahawa Perdana Menteri dan Menteri Kabinet BN memang sah penipu.

Datuk Seri Najib, TPM sebagai contoh beberapa kali ditanya semasa kempen pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini sama ada harga minyak akan naik atau tidak selepas pilihanraya?

Secara jelas beliau menjawab, "harga minyak tidak akan dinaikkan". Kenyataan ini disiarkan oleh semua media masa utama.

Selepas pilihanraya, sekali lagi beliau ditanya soalan yang sama. Jawapannya masih sama, "Harga minyak tidak akan dinaikkan".

Alih-alih, secara drastik PM mengumumkan kenaikan harga minyak melebihi 50 peratus bagi diesel dan melebihi 40 peratus bagi petrol.

Rakyat terkejut umpama dijatuhkan hukuman pancung!

Lalu ramailah juak-juak UMNO/BN mencadangkan formula mengatasi kemelut ini. Antaranya ubah cara hidup, berjimat cermat, guna pengangkutan awam dan sebagainya.

Saya tidak berminat dengan cadangan-cadangan untuk menangani kenaikan harga minyak sebagaimana yang diutarakan tersebut.

Saya ada cadangan yang lebih baik untuk menurunkan semula harga minyak.

Caranya, bubarkan kerajaan Barisan Nasional! Bentuk kerajaan Pakatan Rakyat!

Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat berulang kali berjanji untuk menurunkan harga minyak bila mereka menjadi kerajaan persekutuan.

Kenapa kita terus berusaha mempertahankan kerajaan yang menaikkan harga minyak sedangkan kita ada alternatif kerajaan yang akan menurunkan harga komoditi tersebut!

Bagaimana cara?

Teruskan usaha memujuk dan menyedarkan Ahli Parlimen BN supaya berhijrah meninggalkan kem BN yang langsung tidak popular pada pandangan rakyat kepada kem Pakatan.

Pakatan hanya memerlukan 30 kerusi sahaja lagi untuk membentuk kerajaan persekutuan, sekaligus menurunkan harga minyak melalui agihan keuntungan petronas yang lebih adil.

No comments: