Saturday, June 14, 2008

Rebat Tunai: Terpedayakah Rakyat?

Hari ini pemilik kenderaan persendirian yang membayar cukai jalan (LKM) bermula 1 April 2008 hingga 31 Mei 2008 mula menuntut bayaran rebat tunai di Pejabat Pos Malaysia.

Bayaran rebat ini bagi menggantikan subsidi bahan bakar (minyak) setelah penstrukturan semula subsidi bahan tersebut dibuat oleh kerajaan Malaysia pada 5 Jun 2008 yang lepas.

Dengar cerita, ramailah juga orang menyerbu Pejabat Pos. Bahkan bersesak-sesak juga katanya.

Pemilik kereta dengan cc enjin 2000 dan ke bawah, serta pemilik pikap dengan kapasiti enjin 2500 cc dan ke bawah layak dapat rebat tunai sekitar RM 1.70 sehari, atau RM 625 setahun.

Pemilik motor dengan kapasiti enjin 150 cc dan ke bawah layak dapat rebat tunai sekitar RM 0.40 sehari, atau RM 150 setahun.

Jumlah yang diperolehi oleh pemilik kenderaan ekoran kenaikkan harga minyak jauh lebih kecil berbanding beban yang mereka terpaksa tanggung akibat kenaikan harga barang dan kos sara hidup ekoran kenaikan harga minyak tersebut.

Persoalannya, adakah rakyat sekali lagi akan terpedaya dengan tipu helah kerajaan BN ini?

No comments: