Monday, July 21, 2008

Duit Royalti Beli Mercedes?

Dari dulu lagi aku mengidam nak pakai kereta Mercedes.

Bagi aku Mercedes adalah satu jenama yang ampuh untuk keselesaan pemanduan dan perjalanan, khususnya perjalanan jauh.

Setiap kali berselisih dengan Mercedes di jalanan, tanpa sedar aku akan menoleh.

Isteri tercinta sering mengusik aku perihal tersebut.

Akhirnya dengan sedikit rezeki, mampu juga aku membeli sebuah Mercedes buruk pada tahun lepas.

Sayu juga hati melepaskan Wira 1.5 GL yang begitu lama berbakti untuk kami sekeluarga.

Namun apakah daya, porch kat rumah aku memang tidak muat untuk menempatkan tiga buah kereta sekaligus.

Dengan hati yang berat, terpaksa juga aku relakan pemergian Wira 1.5 GL untuk digantikan dengan Mercedes buruk Masterpiece 280E.

Memang betul, keselesaan pemanduan Mercedes sangat mengujakan.

Akhirnya ingatanku terhadap Wira 1.5 terlupa sedikit demi sedikit. Bahkan sekarang, hilang terus.

Tapi aku beli Mercedes itu dengan penat lelahku sendiri.

Kerajaan Negeri Terengganu beli Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 dengan duit rakyat!

Inikah sebab utama Mat Said begitu beria-ia mendesak kerajaan pusat menyerah semula royalti minyak kepada kerajaan Terengganu?

Supaya boleh beli kereta Mercedes baru.

Mengikut Mat Said, untuk keselesaan... khususnya untuk perjalanan jauh.

Aku tidak nafikan keselesaan itu.

Yang aku musykilkan, kenapa dibeli kereta mewah tersebut dalam suasana rakyat terhimpit dengan bebanan kehidupan yang melampau mutakhir ini?

Atau inikah balasan Mat Said terhadap kepercayaan Tuanku Sultan dan Istana Terengganu melantik beliau sebagai Menteri Besar?

No comments: