Sunday, July 13, 2008

Haram Pergi Tahlil & Kenduri!

Semalam saya bersembang dengan kawan-kawan Umno. Salah seorang daripadanya adalah Pengerusi JKKK, merangkap ketua Umno cawangan.

Perbualan berkisar tentang mesyuarat agung Umno cawangan, sekaligus pemilihan jawatan yang akan bermula 17 Julai 2008 nanti.

Cawangan beliau ni bergolak sikit. Untuk pemilihan nanti, jawatan beliau sebagai ketua cawangan akan dicabar. Katanya oleh 'Team B'.

Terkejut juga aku. Rupa-rupanya peringkat cawangan pun ada team A, team B dan team C.

Namun yang paling aku terkejut apabila beliau kata, "harap-harap sehari dua ni janganlah ada orang yang mati, sakit atau buat kenduri".

Aku tanya kenapa?

Katanya sesiapa yang akan bertanding jawatan dalam pemilihan nanti dilarang menghadiri majlis tahlil, kenduri dan sebagainya.

Ini adalah peraturan katanya. Sesiapa yang melanggar akan dihadapkan kepada jawatankuasa disiplin pemilihan. Jika terbukti bersalah, jawatan akan hilang. Sama seperti Isa Samad, bekas Naib Presiden dulu.

Aduh, begitu sekali parahnya Umno!

Akhir sembang aku cadangkan kat dia, "kau buatlah pengumuman kepada semua ahli Umno kat kampung engkau supaya sapa-sapa yang nak mati, minta tangguhlah dulu. Sebab engkau tak boleh hadiri majlis pengebumian dan tahlil".

2 comments:

ORE KAMPUNG said...

Gitu la UMNO benda harus jadi haram, judi pun ada haram (tak ada lesen) ada yang tak 'haram' (ada lesen)

Anak said...

umno dah menuju saat kematian. bak kata tun dr mahathir, selepas pru 13 umno akan terkubur jika pak lah terus memerintah 2 tahun lagi.