Monday, July 14, 2008

Nora Danish

Hari ini banyak perkara yang ingin aku bicarakan, sebenarnya. Antaranya;

  • Isu usul tidak percaya terhadap PM yang ditolak oleh speaker Parlimen
  • Khabar angin demonstrasi di Dewan Rakyat yang dicetuskan sendiri oleh pihak berkuasa sehinggakan bandaraya Kuala Lumpur sesak teruk
  • Anwar tidak hadir memberi keterangan tuduhan liwat di balai polis
  • Debat harga minyak antara Anwar dan Sabery Chik pada malam nanti

Turut bermain di minda aku;

  • Suara beberapa pemimpin Pas yang cadang berjumpa, berbincang dan bermuhasabah dengan Umno walaupun mursyidul am mereka sudah bertegas tidak akan ada perbincangan atas bodi Umno, kalau ada pun hanyalah dengan orang Umno
  • Usaha untuk meretakkan Pakatan Rakyat, termasuk daripada beberapa figure Pas yang begitu berkira terhadap siapa dan parti mana yang menerajui Pakatan, dan lain-lain.

Namun dalam masa sama, aku terfikir juga tentang Nora Danish, si pelakon sitkom Puteri yang begitu familiar dengan ungkapan 'KITA ENJOY..!'.

Bukanlah aku minat sangat pada dunia artis. Aku memang tidak mengenali sebahagian besar artis, khususnya artis era tahun 2000 ini.

Tapi bila membaca kisah Nora bercerai dengan suaminya, anak Tan Sri Ramli Ngah Talib, bekas Speaker Dewan Rakyat, semasa sedang mengandung dua bulan, perasaan aku sedikit terusik.

Tidak terbayang oleh akal ku seorang wanita menempuh hari-hari getir tersebut tanpa suami di sisi. Bukan kematian suami, bukan suami bepergian jauh, tetapi diceraikan!

Teringat aku, betapa sepenuh kasih telah aku curahkan terhadap isteri ku semasa dia mengandungkan anak pertama dulu.

Pada waktu itu kasih ku padanya melaut luas, sayang ku melangit tinggi, dan cinta ku menggunung kukuh.

Kadang-kadang aku jelous, alangkah begitu sekali seorang isteri yang mengandung khususnya anak pertama dicintai oleh suaminya.

Sedangkan aku sebagai suami tidak ada masa se 'special' itu untuk disayangi dan dikasihi oleh isteri.

Namun itu adil, sebab isteri yang mengandung khususnya anak pertama berhadapan dengan pelbagai kesulitan seperti alahan, morning sick dan sebagainya.

Kasih, sayang dan cinta si suami belum berbaloi membayar sukar dan susahnya isteri mengandung.

Namun Nora Danish berhadapan dengan situasi yang sebaliknya.

Segala susah payah terpaksa dihadapi bersendirian tanpa suami di sisi. Dalam masa sama terpaksa memegang title janda muda.

Namun suratan Allah tentu ada hikmahnya.

Mungkin inilah bayaran terhadap kegemilangan majlis perkahwinan mereka yang jauh dari syiar syariat Tuhan.

Mungkin inilah harga yang perlu dibayar terhadap nilai sosial kehidupan mereka yang tersimpang jauh daripada bimbingan wahyu.

Apa pun, bersabarlah Nora. Teruskan kehidupan. Dan lebih baik, kembalilah kepada kehidupan berasaskan bimbingan Allah dan Rasul.

Secara jujur, aku bersimpati dengan nasib orang-orang seperti mu. Kerana nilai kekeluargaan bagi ku sangat mahal harganya.

Untuk isteri ku, sabarlah menanti buah cinta kita yang keempat.

Kasih ku pada mu tidak pernah berkurang, bahkan bertambah hari demi hari.

Teruslah membimbing dan mendidik permata hati kita yang bertiga itu agar mereka menjadi mujahid dan mujahidah penolong agama Allah.

Agar hidup kita sekeluarga dalam kasih dan redha Tuhan yang berpanjangan.

1 comment:

Hubby Karima said...

Tahniah dari kami sekeluarga di kemaman. Dah banyak kali kami tertunggak nak ziarah kalian sekeluarga. InsyaAllah ada masa terluang, kami akan sampai nanti.. Kirim salam kat kak ta. Tahniah.