Tuesday, July 22, 2008

Muhyiddin Tanding Timbalan

Cawangan-cawangan Umno telah bermesyuarat bermula 17 Julai 2008 lepas.

Pada asasnya, mesyuarat cawangan hanya menghendaki mereka membuat pencalonan untuk kepemimpinan peringkat bahagian.

Peringkat bahagian yang kemudiannya akan membuat pencalonan untuk jawatan peringkat kebangsaan sama ada presiden, timbalan presiden, naib presiden dan majlis teringgi.

Namun ada juga beberapa cawangan yang terlebih ghairah membuat usul dan pencalonan peringkat kebangsaan.

Ada yang meluluskan usul mencalonkan Abdullan Badawi dan Najib Abdul Razak sebagai presiden dan timbalan presiden.

Selaras dengan peralihan kuasa, katanya.

Ada juga yang meluluskan usul mencalonkan Najib Tun Razak sebagai calon presiden, untuk perubahan katanya.

Ramai orang membuat analisis tentang pemilihan Umno bulan Disember nanti.

Pelbagai analisis dan andaian dibuat.

Analisis semakin rancak apabila Muhammad Muhd Taib turut mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden.

Yang musykilnya, apakah keputusan muktamad seorang lagi penjawat jawatan naib presiden, Muhyiddin Yasin.

Adakah akan mempertahankan jawatan naib presiden dan membiarkan Pak Lah dan Najib kekal dengan jawatan presiden dan timbalan.

Strategi ini menimbulkan dilema kepada beliau.

Jika beliau kekal mempertahankan jawatan naib presiden, apa jaminan bahawa beliau akan dilantik timbalan perdana menteri sekaligus timbalan presiden apabila berlaku peralihan kuasa nanti.

Ramai orang melihat bahawa Datuk Najib lebih berminat memilih Hishammuddin sebagai regu dan timbalannya apabila berlaku peralihan kuasa Jun 2010 nanti.

Hishammuddin adalah sepupu Najib, bahkan cara berfikir mereka berdua adalah resonans.

Soalnya, sanggupkah Muhyiddin berjudi dengan nasib menunggu peralihan kuasa tersebut.

Bahkan ramai penganalisis menjangka Muhyiddin tidak akan diberi laluan oleh Najib apabila beliau berada di tapuk tertinggi negara dan Umno nanti.

Lalu, apa strategi Muhyiddin?

Bertanding timbalan presiden?

Jika beliau bertanding timbalan tanpa regu untuk kerusi presiden, beliau akan kalah awal.

Ini kerana Najib akan menang mudah berasaskan umpan peralihan kuasa telah ditelan memerut oleh ahli-ahli Umno, khususnya kepemimpinan peringkat bahagian.

Jika beliau ingin bertanding timbalan, mesti ada regu yang kuat untuk jawatan presiden.

Regu itu semestinya bukan Pak Lah kerana Pak Lah sudah buat perjanjian dengan Datuk Najib.

Bagi saya, regu terbaik Muhyiddin ialah Tengku Razaleigh Hamzah.

Ramai juga ahli dan pemimpin Umno yang tidak selesa dengan kediktatoran Pak Lah dalam merangka pelan peralihan kuasa.

Bagi mereka ahli perlu diberi peranan untuk menentukan kepemimpinan Umno.

Jika Ku Li bergabung secara kukuh dengan Muhyiddin untuk kerusi presiden dan timbalan, ahli dan pemimpin bahagian akan lebih yakin.

Bagi saya ini strategi terbaik boleh diambil oleh Muhyiddin, bekas pemimpin belia Islam bertaraf asia.

Atau Muhyiddin bercita-cita untuk bertanding terus kerusi presiden?

Untuk itu, dia mesti mencari regu yang kuat untuk kerusi timbalan presiden untuk memecahkan monopoli Pak Lah Najib dan Ku Li dengan Mr X.

No comments: