Monday, July 21, 2008

Muzakarah Gila Sudah Bermula (Chapter 2)

Malam tadi aku diasak teruk oleh kawan-kawan yang ingin melihat pendirian aku tentang isu rundingan Pas-Umno.

Malas nak bercerita panjang, aku minta mereka jenguk sahajalah blog ini untuk melihat sikap dan pendirian aku berkaitan isu ini.

Pagi ni pun aku masih malas nak bercerita panjang. Jadi aku petik sahaja kata-kata Tuan Guru Mursyidul Am apabila diminta mengulas isu ini selepas Persidangan Media di Kota Darul Naim semalam.

Antara bicara Nik Aziz semalam adalah;

1. "PAS akan lebih berhati-hati agar tidak terkena perangkap Umno kali kedua. Itu bukan cara parti yang memperjuangkan Islam berpolitik di mana cara berkenaan tidak ubah seperti menolong pihak lawan dan bukannya untuk menjaga kestabilan parti. Itu perangkap namanya"

2. "Umno sekarang sudah lemas dan dia nak minta tolong PAS, sedangkan PAS sendiri bekerja keras untuk melemaskan Umno, tetapi apabila Umno lemas sekarang kita nak angkat dia balik, itu bukan kerja kita. Biar lemaslah dia, dah 50 tahun kita lawan Umno, bila dia lemas kita lanyak dia...sepatutnya begitu,"

3."Kita nak jaga Islam, jaga Umno apa yang akan kita dapat. Umno ni sebenarnya parti yang melonggarkan iman, orang Melayu selama ini longgar kerana Umno. Tetapi kalau PAS nak jaga Islam, bukan caranya untuk PAS bekerjasama dengan Umno, sebab parti itu parti sekular yang hanya memperjuangkan dasar untuk dunia semata-mata."

Itulah beberapa petikan bicara Mursyidul Am semalam, yang bagi aku harus diberi perhatian oleh semua lapisan kepemimpinan PAS.

No comments: