Sunday, July 20, 2008

Muzakarah Gila Sudah Bermula

Muka depan akhbar Utusan Malaysia (Utusan Meloya) hari ini (21 Julai 2008) memaparkan tajuk utama 'Muzakarah Bermula'.

Berita Utusan ini memaparkan pendedahan oleh Perdana Menteri, Pak Lah Badawi bahawa beliau dan Pemimpin Pas, termasuk Presiden dan Timbalan Presiden telah berbincang dan bertemu beberapa kali.

Bagi sesiapa yang tidak percaya kepada Utusan, boleh semak kenyataan akhbar Presiden Pas, Abdul Hadi Awang tentang pertemuan tersebut yang disiarkan oleh Harakah Daily.

Setelah membaca kedua-dua maklumat tersebut, serta mendengar sendiri kenyataan Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam, saya rumuskan bahawa, MUZAKARAH GILA SUDAH BERMULA!

Sebagaimana disebut oleh Mursyidul Am semalam, saya juga berpendirian sama. Pertemuan pimpinan Pas dengan pimpinan Umno adalah atas urusan peribadi. Tidak melibatkan urusan antara Parti jahat bernama Umno dengan gerakan Islam bernama Pas.

Mungkin pertemuan itu melibatkan perbincangan berkaitan perkahwinan, kenduri kendara dan sebagainya!

Kerana bagi saya, sebarang perbincangan dan rundingan dengan Umno pada masa ini adalah mengkhianat amanah dan harapan rakyat.

Rakyat telah menolah Umno dan BN dalam PRU 12 yang lepas kerana jelek, benci dan meluat dengan parti tersebut.

Rakyat memberi kepercayaan kepada Pas dan PR kerana Pas dan PR menentang parti jahat, bobrok dan korupsi tersebut.

Momentum rakyat mutakhir juga ingin segera melihat Umno dan BN berkubur daripada arus politik Malaysia, sekaligus meletak harapan kerajaan persekutuan PR dapat dibentuk secepat mungkin.

Tiba-tiba Pas pergi berunding dengan Umno!

Pas yang memberi nyawa kepada Umno yang sudah nazak!

Sebab itulah saya katakan ini adalah MUZAKARAH GILA!

No comments: