Sunday, July 27, 2008

Pak Lah vs Mat Said

Selepas BN Terengganu mencapai kemenangan dalam PRU 12 lepas, Pak Lah selaku Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden Umno memberi surat lantikan sebagai Menteri Besar kepada Datuk Seri Idris Jusoh untuk dipersembahkan kepada Tuanku Sultan Terengganu.

Namun Tuanku Sultan dan Istana Terengganu mempunyai pandangan lain. Tuanku dan istana menolak cadangan perlantikan Datuk Idris sebagai MB Terengganu.

Setelah beberapa ketika, Tuanku Sultan dan istana melantik Datuk Ahmad Said sebagai MB Terengganu, menggantikan Datuk Idris yang dicadangkan oleh Pak Lah.

Pak Lah memberi reaksi bahawa perlantikan Mat Said sebagai MB Terengganu 'menyalahi perlembagaan' dan tidak sah.

Setelah beberapa hari berlaku 'perang' antara Pak Lah bersama Umno Terengganu menentang Tuanku dan Istana, akhirnya Pak Lah 'dipaksa' oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno untuk menerima Mat Said sebagai MB Terengganu.

Walaupun beliau sendiri telah mengeluarkan surat lantikan kepada Datuk Idris, keputusan Raja dan Istana Terengganu mesti diikuti.

Setelah hampir lima bulan tragedi itu berlalu, berlaku lagi rentetan yang hampir serupa.

Dengan alasan ingin menjimatkan perbelanjaan, Datuk Mat Said membuat keputusan membeli 14 buah Mercedes E200 Kompressor untuk kegunaan exco dan pegawai kanan kerajaan Terengganu.

Dalam reaksi awalnya, Pak Lah memaklumkan bahawa pembelian kereta Mercedes tersebut menyalahi pekeliling perkhidmatan yang menetapkan pegawai kanan kerajaan mesti menggunakan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi.

Meskipun dipertahankan sebegitu rupa oleh Mat Said, Pak Lah dan kabinet kemudiannya membuat keputusan kereta Mercedes tersebut tidak boleh digunakan oleh Exco dan pegawai kanan kerajaan.

Oleh kerana kereta tu dah dibeli, guna sahaja untuk tetamu yang mengunjungi Terengganu nanti, katanya.

Dulu Pak Lah terlanjur lantik Datuk Idris sebagai MB, namun terpaksa terima hakikat merestui Mat Said sebagai MB.

Sekarang Mat Said terlanjur beli Mercedes, namun terpaksa terima hakikat tak boleh guna kereta tersebut atas arahan Pak Lah.

Adakah ini rentetan pertarungan peribadi antara Pak Lah dengan Mat Said?

No comments: