Monday, July 28, 2008

Pengisytiharan Perpecahan Dalaman Pas

Semalam Ketua Penerangan PAS, YB Mahfuz Omar mengeluarkan surat permohonan maaf atas kesilapan beliau menafikan berlaku pertemuan dan muzakarah antara Pas dengan Umno.

Beliau memohon maaf kerana penafian tersebut tidak benar kerana memang telah berlaku pertemuan antara beberapa pimpinan Pas dan Umno sebelumnya.

Menurut beliau pemimpin yang mengadakan pertemuan dengan Umno tersebut tidak memaklumkan, bahkan merahsiakan pertemuan tersebut daripada beliau dan beberapa pimpinan tertinggi lain.

Dalam surat permohonan maaf tersebut juga, beliau menggesa agar pimpinan yang bertanggungjawab mengadakan pertemuan dengan Umno tampil memberi penjelasan kepada ahli dan rakyat keseluruhan.

Surat tersebut juga mengandungi beberapa frasa sinis mahfuz terhadap pimpinan tertinggi Pas.

Perlu diingat bahawa YB Mahfuz adalah anggota dewan harian Pas pusat dengan title beliau sebagai Ketua Penerangan.

Orang yang disindir, dikecam dan digesa supaya tampil mengaku kesilapan dan keterlanjuran tersebut juga anggota dewan harian Pas pusat.

Secara tidak langsung, YB Mahfuz telah membuat pengisytiharan bahawa 'telah berlaku perpecahan dalaman' yang teruk dalam kepemimpinan tertinggi Pas sekarang!

Andai kata Pas ingin terus menjadi parti yang relevan memimpin ummah dan rakyat, penyelesaian segera perlu dicari.

Usah menunggu sehingga muktamar.

Isu ini terlalu penting dan mendesak untuk diselesaikan.

Bahkan muktamar pun belum tentu dapat menyelesaikan isu ini.

Kerana pertikaian turut berlaku dalam kalangan pemimpin tertinggi Pas.

Perlu diadakan satu 'liqa' khas' untuk menyelesaikan segera isu ini.

Atau terus sahaja biarkan Pas berpecah dengan teruk di semua peringkat.

No comments: