Saturday, July 12, 2008

Peralihan Kuasa Kukuhkan UMNO?

Dalam temubual dengan RTM dan agensi berita Bernama di Sri Perdana semalam, Pak Lah memberitahu 'pengumuman peralihan kuasa antara beliau dan Datuk Najib pertengahan 2010 adalah untuk kukuhkan Umno'.

Setelah ditipu berkali-kali oleh Pak Lah sebelum ini, contohnya tentang pembubaran parlimen dan kenaikan harga minyak, saya turut tidak percaya kepada pengumuman ini.

Pak Lah kata pengumuman peralihan kuasa adalah untuk kukuhkan Umno!

Namun pada saya, pengumuman peralihan kuasa tersebut adalah untuk kukuhkan Pak Lah!

Dengan pengumuman tersebut, beliau selamat daripada dicabar oleh Najib dalam pemilihan presiden Disember ini.

Dengan pengumuman tersebut, desakan supaya beliau meletak jawatan oleh akar umbi Umno akan berkurang.

Jadi, sempatlah dia merangka strategi dalam masa dua tahun ini untuk menyelamatkan karier politiknya.

Mungkin dia akan membuka ruang untuk pihak-pihak tertentu membuat siasatan terhadap kes-kes Datuk Najib yang terdahulu, khususnya kes Altantuya.

Apabila nama Najib tercemar dengan isu dan skandal tersebut, mudahlah dia membunuh karier politik Najib.

Maka, tak jadilah peralihan kuasa pada tahun 2010 sebagaimana yang diumumkan sehari dua lepas.

No comments: