Sunday, August 3, 2008

Anwar tetap bertanding sekalipun ditahan dan di lokap polis

Dipetik dari HarakahDaily

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Hrkh) - Ketua Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato' Seri Anwar Ibrahim bertegas akan tetap bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sekalipun beliau tahan polis dan berada di dalam lokap. Iklan


Dalam hal ini, katanya, beliau terpaksa bertindak cepat bagi matlamat untuk menyelamatkan ekonomi negara yang kian teruk. Hasratnya untuk bertanding, tidak pernah luntur bagi mencapai matlamat Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Beliau turut melahirkan rasa bimbang, jika selepas ini beliau tidak lagi dibenarkan berkempen sambil mengulangi ketegasannya untuk bertanding sekalipun beliau ditahan dan dimasukkan ke dalam lokap.

Anwar berkata demikian dalam ceramah Peristiharan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh yang telah diadakan di Tapak Ekspo Seberang Jaya, kelmarin.

Beliau membidas dakwaan seetengah pihak kononnya pengosongan kerusi berkenaan oleh penyandangnya, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai mengkhianati pengundi Permatang Pauh.

Katanya, sejak awal lagi Wan Azizah telah menjelaskan akan memberi laluan kepada suaminya sejurus sahaja beliau layak bertanding.

Turut memberikan ceramah, Presiden PKR, Dr Wan Azizah, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan Setiausaha Agung DAP.

Sementara itu di Pekan, Pahang, Timbalan Pedana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menolak anggapan bahawa pilihan raya kecil Permatang Pauh akan menjadi pengukur kepada sokongan rakyat kepada BN selepas pilihan raya umum Mac lepas.

Katanya, pilihan raya kecil ini tidak boleh dianggap sebagai ukuran mutlak sebab pilihan raya kecil biasanya bersifat setempat, banyak pertimbangan atas isu-isu tempatan, atau atas isu-isu tertentu yang mungkin tidak ada kaitan dalam konteks nasional.

"Walaupun saya sedar, langkah Datuk seri Anwar Ibrahim untuk bertanding ini untuk membawanya sebagai isu nasional," katanya kepada Bernama.

Menyentuh soal calon BN, Najib berkata, belum masanya untuk Umno memikirkan siapakah calon yang selayaknya dan pihak media tidak membuat sebarang spekulasi. Ini kerana jelasnya, banyak kriteria yang harus diberi perhatian dalam konteks pilihan raya kecil Permatang Pauh ini.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuaratnya Rabu (6 Ogos) ini bagi memutuskan tarikh pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor memberitahu akhbar talian mSTAR Online, segala-galanya akan diputuskan Rabu ini.

Tiga pertimbangan diambil kira: Pertama tempoh 60 hari berkuat kuasa mulai hari penyandang jawatan melepaskan kedudukannya, hari Speaker Dewan Rakyat memaklumkan SPR ataupun hari panel suruhanjaya mengadakan mesyuarat.

Mesyuarat Rabu ini akan turut menetapkan tarikh untuk mengeluarkan writ pilihan raya, tarikh mengeluarkan notis pilihan raya dan daftar pemilih mana yang akan diguna pakai pada pilihan raya kecil itu nanti.

Mengambil kira tiga minggu bagi keseluruhan proses pilihan raya, hari pengundian kemungkinan jatuh antara 24 dan 28 Ogos ini.

Memandangkan pilihan raya pernah diadakan pada bulan puasa ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Lunas, empat tahun lalu yang turut dimenangi calon PKR, jika SPR memberikan ruang yang lebih luas, pengundian kemungkinan diadakan minggu pertama bulan September ini. - tmj_

No comments: