Tuesday, August 12, 2008

Biarkan Mereka Berdemonstrasi

Wrote on 13 August 2008 (8.50 am)

Semalam pelajar-pelajar UiTM berdemonstrasi membantah cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim supaya UiTM membuka kouta pengambilan pelajar kepada bukan bumiputera.

Naib Canselor UiTM menafikan beliau yang mengarahkan pelajar berdemonstasi sambil menyerahkan memorandum kepada Tan Sri Khalid.

Dari satu sudut, penafian tersebut sebenarnya tidak perlu kerana masyarakat sekarang sudah begitu matang dan bermaklumat untuk menafsir sesuatu kronologi. Bak kata pepatah 'hanya jauhari mengenal manikam' dan 'sudah terang lagi bersuluh'.

Naib Canselor yang memang dikenali sebagai penyokong kuat sebuah parti berasaskan bangsa Melayu berkata 'they do at their own' semasa mengulas demonstrasi tersebut.

Bagi saya, mahasiswa tersebut tidak akan 'they do at their own' dalam demonstrasi semalam jika tidak diprogramkan oleh kuasa tertinggi dalam UiTM.

Pengalaman menjadi pemimpin mahasiswa dan penglibatan yang panjang dengan dunia mahasiswa sehingga hari ini memungkinkan saya membuat justifikasi ini.

Tidak mungkin mahasiswa meninggalkan kuliah yang sepatutnya berlangsung jika tidak dengan arahan dan lampu hijau dari kuasa tertinggi yang boleh menghukum mereka akibat kesalahan tersebut.

Tidak mungkin pensyarah membatalkan kelas yang sepatutnya diadakan jika tidak dengan isyarat daripada kuasa tertinggi yang membenarkan perlakuan tersebut dilakukan.

Itu sebahagian analisis saya daripada kejadian demonstrasi pelajar UiTM semalam.

Dari satu sudut lagi, saya bersetuju dan gembira dengan perkembangan ini.

Ini tidak bermaksud saya tidak bersetuju kepada pandangan Tan Seri Khalid yang mencadangkan kouta pelajar UiTM sebanyak 10 peratus dibuka kepada pelajar antarabangsa dan bangsa lain, walaupun cadangan yang sama pernah dikemukakan oleh beberapa pemimpin BN sebelum ini.

Saya bersetuju dan gembira kerana ramai orang sudah boleh menerima budaya berdemonstrasi sebagai satu instrumen menyatakan pandangan dan meluah perasaan.

Lagipun perkara ini dibenarkan dalam perlembagaan Malaysia.

Sama ada pelajar itu berdemonstrasi secara sukarela atau diprogramkan, saya tidak kisah.

Apa yang penting, mereka terlibat dalam demonstrasi menyatakan ketidapuasan hati dalam sesuatu perkara, khususnya terhadap pihak berkuasa dan pemimpin tertinggi.

Harap-harap selepas ini tidak ada lagi halangan terhadap mana-mana demonstrasi.

Harap-harap selepas ini pasukan polis juga memberi kerjasama yang baik kepada demonstrator yang lain.

Harap-harap selepas ini aku tidak lagi terkena bom asap, air berasid dan belatan setiap kali berdemonstrasi.

Kerana memang hobi aku berdemonstrasi.

1 comment:

FareeD said...

salam ziarah, first time tgk blog abg yusri

ada betul juga kata abg, demonstrasi
smlm dilihat seperti dirancang. perjalannya cukup terancang dgn semua kaki2 demo memakai bju yg sama.tp auranya xsama dgn demo yg kat kolej swasta yg satu lg tu.diaorg nampak betul2 xpuas hati bila duit ptptn kena potong
demo kat uitm ni nampak seperti mencari pubslisiti je..muka mmg clear nak cari publisiti..langsng x ikhlas nak berdemo...