Tuesday, August 26, 2008

BN Tak Pernah Belajar Daripada Kesilapan

Wrote on 27 August 2008 (9:13 am)

Apabila menerima tamparan hebat dalam pilihanraya umum 12 yang lalu, umno dan BN membuat bedah siasat punca utama kekalahan mereka.

Menuru mereka, postmortem ini penting untuk mengenal pasti punca utama mereka tewas di lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta hilang majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat.

Antara punca yang dikenal pasti adalah penggunaan media untuk kempen yang melampau hingga rakyat rasa muak, serta serangan peribadi kepada Anwar Ibrahim.

Apabila pilihanraya kecil Permatang Pauh bermula dengan perletakan jawatan Wan Azizah sebagai ahli parlimen kawasan tersebut, Menteri Penerangan memberi jaminan semua parti yang bertanding akan mendapat akses yang sama ke media utama khususnya RTM.

Datuk Najib pula memaklumkan BN tidak akan menggunakan strategi menyerang peribadi Anwar.

Apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila media sekali lagi dilacurkan dengan teruk untuk berkempen bagi pihak BN.

Serangan peribadi terhadap Anwar juga dilancar habis-habisan sehingga menimbulkan rasa jelek dan muak rakyat.

Akhirnya, Anwar menang pilihanraya kecil ini dengan majoriti yang lebih besar berbanding yang diperolehi oleh Dr Wan Azizah sebelum ini.

Hanya satu yang boleh saya ungkapkan, "BN tak pernah belajar daripada kesilapan".

No comments: