Sunday, August 10, 2008

Islam Perlu Dihormati

Saya masih berminat untuk berbicara tentang forum 'memeluk Islam' yang dianjurkan oleh Majlis Peguam (Bar Council) hari Sabtu lepas.

Walaupun forum tersebut dihentikan di pertengahan, namun banyak perkara perlu diperbincang dan dimuhasabah.

Majlis Peguam sebagai penganjur perlu mengambil pengajaran yang besar daripada kesilapan tersebut.

Kesilapan tersebut akan mengundang bencana lebih besar jika diulangi lagi.

Banyak perkara tentang agama Islam telah difahami oleh Majlis Peguam, namun banyak juga lagi yang belum difahami.

Salah satu perkara yang Majlis Peguam belum faham adalah 'orang Islam tidak boleh keluar daripada agama' mereka.

Orang bukan Islam tidak pernah dipaksa untuk menganut Islam.

Tetapi orang Islam diharam sama sekali keluar daripada agama Islam.

Segala urusan orang Islam tertakluk di bawah bidang kekuasaan pihak berkuasa umat Islam.

Orang bukan Islam tidak perlu dan tidak boleh mencapuri urusan orang Islam, termasuklah orang yang ingin keluar daripada agama Islam.

Apabila ada orang bukan Islam mendapat hidayah untuk memeluk agama suci Islam, banyak perkara yang akan timbul dan berbangkit.

Antaranya pembahagian harta, harta pusaka, jagaan anak dan sebagainya.

Semua perkara ini boleh dibincangkan, termasuklah oleh Majlis Peguam.

Namun jika ada kes orang yang masuk Islam tadi ingin keluar semula daripada agama Islam, itu adalah urusan umat Islam.

Orang lain, termasuklah Majlis Peguam tidak layak memberi justifikasi kepada urusan ini.

Perkara ini penting untuk diketahui dan difahami, khususnya oleh Majlis Peguam.

Kesilapan memahami urusan ini bisa menimbulkan kekalutan yang meributkan.

Usah bermain dengan api, kelak terbakar nanti.

No comments: