Wednesday, August 13, 2008

Kotornya Politik Umno Permatang Pauh

Wrote on 14 August 2008 (9.00 am)

Artikel ini saya petik daripada website Umno Reform yang disiarkan pada bulan Februari 2005 lalu. Menceritakan kronologi krisis dalaman Umno Permatang Pauh. Mungkin artikel ini relevan sempena pilihanraya kecil nanti)

KETIKA ini, semua orang politik boleh melihat dengan jelas, bagaimana proses demokrasi yang dilaung-laungkan dalam Umno.Pemilihan Bahagian Permatang Pauh, 13 Februari lalu membuktikan, campur tangan dari pihak paling atas menyebabkan bekas penyandang jawatan Ketua Bahagian, Ahmad Saad disingkirkan secara 'sah'.'Sah' yang dimaksudkan ialah pucuk pimpinan tidak mahu beliau di situ.

Maka setelah Majlis Tertinggi (MT) menggugurkannya, mereka juga mahukan perwakilan juga 'mengikut' telunjuk MT (baca pimpinan tertinggi).Sebuah akhbar harian secara jelas mempermainkan berita, analisis dan ramalan yang meletakkan Ahmad 'di tumit kaki' mereka.Satu berita dipetik, Ketua Penaja Bahagian Pematang Pauh, Abd Jalil Majid mengiringi Perdana Menteri yang juga Presiden Umno bersembahyang Jumaat yang diimamkan Pirdaus Ismail.Lebih menyedihkan YB Arif Shah Omar Shah 'mengejar' jawatan Ketua Penerangan dengan meninggalkan 'perjuangan' bersama Ahmad untuk berhadapan dengan Jalil dan Pirdaus. Ada tafsiran dibuat, Arif Shah 'berkepentingan' peribadi dan mahu menjaga hati Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. "Ada apa-apa janji ke?" Tanya mereka yang diminta mengulas langkah Arif Shah ini.Ahmad kalah kerana 'diserang' dari pelbagai sudut selain permainan kawan-kawan yang tidak setia, ketika mengejar jawatan.

Presiden Umno jelas mahukan Jalil dan Pirdaus dengan mengeluarkan kenyataan bahawa YB Arif Shah melakukan pengorbanan besar bila menarik diri dari mempertahankan jawatan timbalan ketua bahagian.Apakah 'menarik diri' suatu pengorbanan? Apakah pertandingan dalam parti mengakibatkan perpecahan? Atau, Umno hanya memerlukan 'pertandingan' jika seseorang itu perlu dipertandingkan tetapi 'pertandingan' menjadi tidak perlu, apabila seseorang itu mahu dijadikan 'mangsa'?Pirdaus sebenarnya tidak perlu turut bersaing bertanding jawatan timbalan kalau dia faham politik Umno sebenarnya. Tanpa apa-apa jawatan dan sumbangan kepada Umno, Pirdaus lebih beruntung dari lebih 3 juta anggota parti itu apabila terpilih bertanding kerusi Parlimen Pematang Pauh. Maka, untuk apa dia mengejar jawatan dalam parti jika dia tahu 'dia anak istimewa' dalam Umno?Orang lain, pernah jadi ketua bahagian bertahun-tahun, malahan lebih 10 tahun pun tidak merasa terpilih menjadi calon.

Ada timbalan ketua bahagian di Johor, Haji Daud Ibrahim (Umno Bahagian Parit Sulong) menjadi timbalan lebih 20 tahun tetapi tidak sekalipun terpilih menjadi calon.Pirdaus tidak perlu melalui proses menjadi pemimpin bahagian. Nasib dia sudah ditentukan baik sebaik nasib Zainuddin Maidin yang kini menjadi Ahli Parlimen Merbok walaupun tidak mempunyai apa-apa jawatan di peringkat cawangan dan bahagian. Selepas menang pilihan raya, dilantik menjadi Timbalan Menteri Penerangan, Zainuddin dilantik menjadi Ketua Penerangan Umno Bahagian Merbok.

Tidak mustahil selepas ini, Pirdaus yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia akan dilantik menjadi Senator dan Timbalan Menteri, memandangkan Pulau Pinang kini kekurangan kerusi Menteri dan Timbalan Menteri, selepas Pak Lah menjadi Perdana Menteri dan Datuk Seri Sharif Omar menjadi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.Jalil Majid juga tidak mustahil akan mendapat 'habuan' selepas menang dan disahkan sebagai Ketua Umno Bahagian Pematang Pauh, dengan kelebihan Cuma 27 undi mengalahkan Ahmad Saad.Orang Pematang Pauh 'kehilangan' Ahmad, seorang yang cukup lama dalam Umno Pematang Pauh, pernah menjadi Exco Pemuda Umno Malaysia, pernah menjadi Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang dan pernah menjadi Ketua Umno Bahagian Pematang Pauh.

'Kebencian' orang-orang tertentu dalam Umno terhadap Ahmad diluahkan dengan menggugurkannya dari jawatan Ketua Bahagian, menjadikan dialah satu-satunya Ketua Bahagian di luar Kelantan yang digugurkan.Peribadinya yang cukup baik, kuat mengaji Quran dan tidak pernah tinggal sembahyang tidak menjadikan dia seorang yang 'disegani dan dihurmati' tetapi, dia disisihkan.

Inilah Umno dan Umno memang menjauhkan 'diri' dari orang-orang seperti Ahmad, bukan kerana Ahmad tidak ada kelulusan, atau Ahmad terlibat dengan dakwaan rasuah tetapi tersisihnya Ahmad kerana 'orang tertentu' dan 'tangan ghaib' mencampuri urusan pemilihan di peringkat bahagian.Saya tidak mahu tulisan ini disiarkan di akhbar arus perdana kerana saya tahu tulisan 'kebenaran' seperti ini tidak mendapat tempat tetapi saya mengharapkan laman-laman portal memberi sedikit ruang kepada kebenaran, supaya mereka yang berada di luar Umno dan di dalam Umno, sedar situasi kotor ini.Bayangkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyokong Ahmad seperti menyokong 'orang lama' yang kini menjadi orang keADILan!Ini apa yang dilaporkan di akhbar.

Kita tidak dapat bayangkan bagaimana 'serangan' di bawah dibuat ketika kempen sedang berjalan.Jalil selepas menang mengatakan 'pengalaman' hidup yang paling dahsyat ditempuhinya, melebihi pengalaman ketika menghadapi pilihan raya.Pirdaus 'terus bertuah' kerana menang tanpa bertanding.Kita tidak mendengar pandangan Ahmad kerana Ahmad tidak mendapat tempat di akhbar. Mungkin dia kalah atas 'hikmah' Allah. Kalau dia menang, tidak mustahil ada 'perangkap' menanti dia dengan cerita 'tsumoney'.Seorang rakan memberitahu, Ahmad mahu dikaitkan dengan tuduhan mengamalkan politik wang kalau dia menang supaya jawatan yang dimenanginya boleh terlepas juga akhirnya.

Ini cerita orang yang mungkin simpati dengan Ahmad dan mungkin juga cerita orang yang tidak sukakan Jalil, bagi menampakkan Jalil sebagai tidak 'gentleman'Ahmad yang mendapat 31 percalonan dan Jalil mendapat 57 percalonan membuktikan kekuatan Ahmad yang mengutip 158 undi berbanding Jalil 185, masih kuat dan tidak boleh dipandang rendah.Ada yang meramalkan, jika Arif Shah tidak 'buat hal', peluang Ahmad cukup cerah untuk memenangi pertandingan ini. Perwakilan menjadi keliru dengan 'tekanan' dan kenyataan yang dikeluarkan Pak Lah dan langkah mengelirukan yang diambil Arif Shah itu.Sekejap kata tak tarik diri, sekejap kata tarik diri.

Bila Setiausaha Penaja Umno bahagian buat kenyataan, ada surat yang bertulis tangan dari Arif Shah, barulah Arif Shah mengakuinya bahawa surat itu ditulis ketika fikirannya waras dan tidak ada tekanan.Namun, dia kesal 'tembelangnya' itu didedahkan awal-awal. Perwakilan dan anggota Umno Pematang Pauh 'cukup beruntung' mendapat seorang YB bernama Arif Shah di kawasan mereka.

Kita tidak tahu apa cadangan Ahmad selepas ini tetapi sekarang kita boleh menyaksikan bahawa Umno Pematang Pauh terus bercempera dengan isu pertandingan ini dan tangan-tangan ghaib akan terus memainkan peranan menentukan siapa yang mereka kehendaki menerajui bahagian-bahagian.Bohong kalau ada dakwaan mengatakan pemimpin atasan mengambil sikap berkecuali

No comments: