Saturday, August 9, 2008

Majlis Peguam Perlu Belajar Sesuatu

Akhirnya Majlis Peguam (Bar Council)membatalkan forum 'Memeluk Islam' setelah dibantah secara keras oleh Umat Islam dan Masyarakat Melayu.

Walaupun forum tersebut hanya dihentikan setelah berlangsung beberapa ketika, sekurang-kurangnya mereka masih mengambil kira pandangan dan bantahan umat Islam dan orang Melayu.

Seharusnya Majlis Peguam belajar sesuatu daripada bantahan dan tentangan ini.

Perlu diingat bahawa orang Islam dan Melayu boleh diusik dalam banyak perkara, tapi tidak dalam perkara berkaitan kesucian agama Islam.

Walaupun bilangan orang Islam yang masih sensitif dengan isu aqidah ini tidak ramai, namun bilangan mereka masih cukup untuk meranapkan bangunan Majlis Peguam.

Majlis Peguam masih bernasib baik apabila isu ini timbul dalam keadaan masyarakat Islam semakin hilang kasihnya kepada agama mereka sendiri.

Kalaulah forum ini dilangsungkan pada 'era Natrah', pasti ada darah yang tumpah, ada nyawa yang melayang.

Begitulah umat Islam dan Melayu. Banyak perkara mereka boleh toleransi, tetapi tidak kepada perkara berkaitan aqidah dah kesucian Islam.

Seharusnya perkara ini diberi perhatian serius oleh semua pihak, khususnya Majlis Peguam.

Majlis Peguam seharusnya berpegang teguh dengan etika perundangan yang dianuti oleh mereka dengan tidak mencapuri segala urusan berkaitan agama Islam yang tertakluk di bawah Mahkamah Syariah.

Mahkamah Syariah itu sendiri bukanlah melaksanakan sepenuhnya perundangan al-Quran, tetapi itulah perundangan yang diguna pakai untuk menjaga urusan umat Islam di Malaysia hari ini.

Murtad dalam Islam hukumnya bunuh. Namun undang-undang dalam Mahkamah Syariah sekarang tidak sampai pada tahap itu.

Mencuri dalam Islam hukumnya potong tangan apabila cukup syarat. Namun kesalahan mencuri tidak ada pun dalam Mahkamah Syariah, ianya diperuntukkan dalam mahkamah civil.

Berzina dalam Islam hukumya sebat 100 kali. Namun dalam mahkamah syariah sekarang hukumya sangat ringan. Sebahagiannya hanya tiga bulan penjara, RM 5 ribu denda dan enam kali sebatan, itu yang maksimun.

Kalaulah perundangan yang minimun itu pun tidak boleh diakur oleh Majlis Peguam, bagaimana mereka akan hormati jika perundangan syariah sepenuhnya diamalkan di Malaysia.

Perlu diingat bahawa umat Islam ada aturan mereka sendiri yang termasuk dalam hukum wajib, haram, sunat, harus dan makruh.

Majlis Peguam perlu membiarkan umat Islam mengurus semua keperluan agama mereka.

Tiada hak untuk kamu mencampuri urusan mereka.

Jangan kamu bermain dengan api, kelak kamu akan terbakar hangus.

No comments: