Tuesday, August 12, 2008

Naik Cepat, Turun Lambat

Ada seorang kawan yang suka sangat bermain teka teki. Kerjanya sebagai pemandu. Sepanjang perjalanan setiap kali mengembara dengan beliau, penuh dengan teka teki.

Kalau tak mengembara pun, beliau tidak pernah lupa untuk mengirim sms teka tekinya kepada saya.

Semalam saya turut sms teka teki kepada dia.

Teka teki itu berbunyi 'gapo dio cepat naik, lambat turun?'

Lalu dia balas.. hinggus!

Saya tanya kenapa.

Dia jawab sebab budak-budak kecil hingusnya turun perlajan-lahan. Bila dah panjang keluar, budak tu terus sedut semula hingus masuk ke dalam hidung dengan pantas. Sebab tu katanya 'turun slow, naik cepat'.

Kah.. kah.. tergelak besar saya. Tapi saya cakap jawapan tu salah!

Lalu dia cuba lagi, katanya suami isteri atas katil.

Saya tanya kenapa?

Dia kata memang begitulah, si suami memang naik cepat tapi lambat turun.

Cheh, jawapan itu berunsur 18SX. So salah jugak!

Sehingga hari ni dia belum dapat jawab dengan betul.

Begitu jauh dia berfikir untuk jawab soalan ini.

Yang saya maksudkan hanya harga petrol.

Hari tu masa harga minyak naik, Pak Lah dan kerajaan BN cepat-cepat, tanpa bertangguh terus naik.

Petang ni umum, malam nanti terus naik.

Masa tu harga minyak sekitar USD 200 satu tong.

Tapi sekarang harga minyak dunia dah turun.

Semalam saya semak, dah mencecah USD 111 satu tong.

Dah turun hampir separuh daripada harga semasa harga minyak Malaysia dinaikkan tempoh hari.

Kenapa tak turunkan lagi?

Pak Lah dan Datuk Syahril beritahu kita sedang kaji. Mungkin kita akan umum 1 September ni.

Ooo.. masa nak naik, kau tak sempat-sempat nak kaji kesannya kepada rakyat dan lain-lain. Terus naikkan.

Bila nak turunkan, kau kaji macam-macam.

Moral: Berteka tekilah dengan teka teki ini supaya kawan-kawan kita bisa mengerti.

1 comment:

Eliza Muslim said...

hahaha ske teka teki ni....n karangan ni... sunggu bernas....