Wednesday, August 13, 2008

Pemilihan Datuk Ariff Bukti Umno Tandus Pemimpin

Wrote on 14 August 2008 (00.10 am)

Sekejap tadi Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Datuk Ariff Shah Omar Shah sebagai calon BN yang akan bertanding menentang Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos nanti.

Pengumuman Datuk Ariff sebagai calon BN mewakili parti Umno mengejutkan pelbagai pihak. Sebab utamanya ialah Datuk Ariff adalah ADUN atau wakil rakyat kawasan Seberang Jaya.

Rakyat khususnya pengundi di Permatang Pauh akan membuat beberapa justifikasi segera, antaranya Umno Permatang Pauh ketandusan pemimpin yang berkaliber.

Umno dan BN memerlukan seorang calon yang kuat untuk menentang Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil tersebut. Kepemimpinan tertinggi melihat semua pemimpin Umno yang ada di Permatang Pauh tidak layak, kecuali Datuk Ariff Shah.

Justifikasi ini adalah permulaan. Pelbagai kemungkinan akan timbul lagi selepas ini. Khususnya perpecahan dan krisis dalaman dalam kalangan pemimpin Umno Permatang Pauh akan semakin parah.

Perkara ini bukan lagi rahsia, bahkan diketahui oleh hampir semua orang yang peka terhadap dunia politik di Permatang Pauh.

Kalau ini berlaku, laluan Anwar untuk ke Parlimen akan jadi semakin lurus!

No comments: