Monday, August 25, 2008

Permatang Pauh: Media Diliwat Lagi

Malam tadi saya berkesempatan menonton Warta Perdana di RTM1 dan Buletin Utama yang disiarkan oleh TV3.

Sebenarnya sudah lama saya tidak berkesempatan menonton sepenuhnya kedua-dua berita mainstream tersebut. Semalam ada sedikit kesempatan, alhamdulillah dapat juga mengikuti sumber berita yang dijadikan rujukan utama masyarakat melayu dan orang kampung.

Saya katakan begitu kerana jarang orang kampung yang menggunakan internet sebagai sumber berita. Mereka tak tahu pun tentang blog, media alternatif dan sebagainya. Apatah lagi nak mengikuti berita yang disiarkan oleh CNN, BBC, AP, Reuter dan lain-lain.

Kebetulan majoriti orang kampung adalah orang melayu. Sebab itulah saya katakan Warta RTM 1 dan Buletin Utama TV3 sebagai sumber berita utama orang melayu dan orang kampung.

Untuk mendapatkan gambaran penuh, saya sentiasa mengalihkan kedua-dua siaran tersebut. Apabila satu chanel menyiarkan iklan, saya beralih kepada yang satu lagi. Begitulah sebaliknya.

Malam tadi, majoriti berita adalah berkaitan pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Alhamdulillah, dapat juga mengikuti perkembangan pilihanraya tersebut walaupun berada jauh dari bumi Pulau Mutiara tersebut.

Tapi sayangnya, majoriti berita yang dipaparkan adalah berita tentang perkembangan kempen Barisan Nasional (BN).

Selebihnya adalah makluman dan pengumuman oleh pihak polis tentang berapa laporan yang telah dibuat, bilangan kertas siasatan yang telah dibuka, berapa orang telah ditangkap, nasihat supaya pelancong politik tidak datang ke Permatang Pauh esok dan lain-lain lagi.

Hanya sedikit berita tentang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan calonnya, Anwar Ibrahim.

Yang sedikit itupun, paparan dalam side negatif.

Saya yang bodoh politik ini pun boleh faham bahawa aspirasi kedua-dua berita tersebut adalah kempen supaya menyokong BN dan menolak PKR. Itulah yang saya faham.

Saya teringat janji Datuk Shabery, Menteri Penerangan yang mengatakan media masa khususnya RTM akan memberi liputan yang adil berkaitan kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Katanya semua parti yang bertanding akan mendapat akses yang sama kepada media masa.

Apa sudah jadi Datuk?

Janji hanya tinggal janji. Bicaramu hanya manis di pinggiran bibir.

Media kembali diperalatkan oleh parti pemerintah untuk mendapat kredit politik.

RTM di bawah datuk Shabery tidak ubah seperti RTM pada era Datuk Zainudin Maidin.

Dalam pilihanraya ini orang heboh perkatakan tentang isu Anwar liwat Saiful Bukhari.

Entah betul entah tidak dakwaan ini tidak diketahui.

Yang pasti, media masa utama khususnya RTM sah diliwat dan dilacur dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ini.

No comments: