Sunday, August 3, 2008

Tidak mustahil berlaku perubahan 16 September ini

Dipetik Dari HarakahDaily

KUALA TERENGGANU, 4 Ogos (Hrkh) - Tujuan mengumumkan Pakatan Rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi parlimen untuk memerintah Malaysia ialah supaya ia dapat membentuk minda rakyat bahawa tidak mustahil pertukaran kerajaan berlaku dengan cara demikian. Iklan

Ahli Parlimen Machang, Saufiddin Natution berkata, Pakatan Rakyat menawarkan kepada rakyat rancangan tersebut dengan mengekalkan keamaan dan kestabilan negara tanpa berlaku sebaliknya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di satu majlis ceramah anjuran PAS Kawasan Kuala Terengganu di sini baru-baru ini.

"Pakatan Rakyat telah terbukti menjaga kepentingan rakyat dengan memberikan subsidi air percuma di Selangor di ketika yang sama negeri Johor membuat perjanjian sehingga tahun 2062 dengan Singapura untuk menjual air mentah dengan harga tiga sen untuk 1,000 gelen," jelasnya.

Selepas dirawat katanya, Singapura menjual balik air itu ke negeri Johor dengan harga 50 sen dalam kapasiti yang sama.

Sementara itu tambahnya, Singapura menjual air kepada kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan negara itu dengan harga DS70 untuk 1,000 gelen.

"Dia (Umno) masuk kampung bercakap Umno saja yang cekap mentadbir tetapi hakikatnya tidak demikian.

"Sebab itu bila kita perintah negeri-negeri Pakatan Rakyat, kita boleh tengok peluang membuat kebajikan kepada rakyat sebenarnya cukup luas dan mudah.

"Kita melaksanakan, rakyat mula melihat penuh keyakinan terhadap kerajaan kita," ujarnya.

Menurutnya lagi,apabila Mantan Timbalan Perdana Menteri mengumumkan sasaran 16 September untuk ke Putrajaya, keyakinan rakyat bertambah dan sebahagian ahli parlimen Barisan Nasional turut merasakan demikian. - mks._

No comments: