Monday, May 19, 2008

Tahlil Umno Semakin Hampir

Pengisytiharan Tun Dr Mahathir keluar daripada Umno semalam mencetus satu lagi tsunami politik Malaysia.
Pelbagai pihak membuat justifikasi, ulasan, andaian dan analisis masing-masing.
Bagi saya, pengumuman oleh Tun Dr Mahathir tersebut hanya menjelaskan lagi bahawa majlis tahlil untuk Umno semakin hampir.
Jika bekas presiden Umno sendiri sekaligus negarawan ulung yang memimpin Malaysia selama 22 tahun telah hilang keyakinan terhadap Umno, apa lagi yang ahli Umno peringkat bawahan tunggu?
Jika personel seperti Tun Mahathir membuat keputusan meninggalkan Umno, apa lagi harapan yang ada untuk Umno memulihkan kekuatan mereka sebagai parti dan wadah perjuangan orang Melayu?
Saya yakin ramai lagi personel penting dalam Umno akan mengikut jejak langkah Tun Dr Mahathir. Pengumuman yang sama oleh Sanusi Junid membayangkan gelombang sukar untuk reda.

Kapal Umno semakin karam. Ahli Umno perlu membuat keputusan bijak. Sama ada ingin karam bersama Umno, atau ingin berpindah ke kapal lain yang lebih kukuh untuk membawa mereka ke daratan jaya.

Rakyat juga perlu membuat penilaian yang bijak. Jika selama ini mereka percaya hanya Umno yang boleh memerintah negara, andaian itu telah meleset kini.

Umno telah ditolak oleh Bekas Presiden mereka sendiri.

Majlis tahlil untuk Umno semakin hampir. Rakyat perlu bersedia.

Friday, May 16, 2008

Maaf, masalah teknikal di blog ini

Saya mohon maaf kepada semua pengunjung sekiranya menghadapi masalah melayari blog ini Ini adalah kesan pertindanan yang berlaku dalam setting antara cerminan blog ini.