Monday, June 30, 2008

Kes Liwat Anwar: Penafian Pak Lah & Najib

Pak Lah menafikan beliau terlibat dalam konspirasi tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim. Beliau juga yakin Datuk Najib juga tidak terlibat.

Selang sehari, Najib juga buat penafian yang sama. Katanya beliau tidak terlibat dan ini bukan amalan kerajaan BN.

Sehari sebelum pembubaran Parlimen menjelang PRU 12 baru-baru ni wartawan bertanya Pak Lah adakah esok dewan dibubarkan?

Pak Lah jawab, tak dak.. tak dak!

Keesokannya, Pak Lah umum Dewan Rakyat dibubarkan!

Semasa kempen PRU 12, wartawan tanya Najib adakah harga minyak akan naik selepas pilihanraya?

Najib jawab, tidak!

Selepas pilihanraya, wartawan sekali lagi tanya Najib adalah harga minyak akan naik?

Najib jawab, tidak!

Awal Jun lalu kerajaan umum minyak naik dengan kenaikan yang tertinggi dalam sejarah Malaysia!

Kelmarin dan semalam Pak Lah dan Najib sekali lagi kata 'TIDAK' apabila ditanya penglibatan mereka dalam tuduhan dan konspirasi liwat terhadap Anwar.

Perkataan tidak itu dikeluarkan sewaktu rakyat memahami bahawa 'TIDAK' oleh mereka berdua adalah 'YA' sebenarnya.

Saya tidak mengatakan begitu, tetapi otak saya yang benak ini turut berfikir;

1. Najib kata budak Saiful tu pergi pejabat TPM untuk memohon biasiswa. Bila pula TPM jaga biasiswa? Kenapa tidak pergi JPA, MARA, Kementerian Pengajian Tinggi, Pusat Zakat dan lain-lain?

2. Budak tu berhenti/dihentikan oleh UNITEN kerana prestasi akademik. Khabarnya CGPA terkumpul selama tiga semester hanya sekitar 1.6. Logikkah budak yang sebegitu bodoh akademik pergi berbincang untuk memohon biasiswa daripada pejabat TPM, bahkan dilayan secara langsung oleh Pegawai Khas Najib?

3. Logikkah budak sebodoh itu akademiknya tergamak mengajak dan diterima bergambar dengan pegawai khas Najib berlatar belakangkan pejabat TPM?

4. Logikkah budak sebodoh itu akademiknya berjaya mencuri masa menteri-menteri seperti Azalina, Mustapa dan Shahril bergambar bersama?

Monday, June 23, 2008

Usul Naik Harga Minyak & Barang: MP BN Setuju

Semalam Datuk Shahrir kemukakan usul menaikkan harga minyak dan barang di Parlimen.

Usul itu diluluskan dengan 129 MP menyokong dan 78 menentang.

Ada beberapa ketololan berlaku dalam kes ini;

1. Apa jadahnya naikkan dulu harga minyak, kemudian baru bentang dan terima usul di Parlimen? Tak pernah aku dengar orang kahwin dan beranak pinak, baru pergi meminang..

2. Tengku Razaleigh Hamzah (KU Li) dalam kempen untuk pemilhan Presiden Umno berjanji akan memberi subsidi dan menurunkan semula harga minyak kalau menang jawatan presiden dan jadi PM. Apa jadahnya sokong usul semalam? Dengar cerita dia hadir sidang semalam & turut menyokong usul melalui pengundian belah bahagi..

3. Semua Pembahas MP BN membahas menyokong usul itu dengan memberi natijah sebab apa minyak perlu dinaikan. Seekor pun tak dak yang buat cadangan alternatif lain untuk mengatasi kemelut ini tanpa membebankan rakyat dengan menaikkan bahan bakar. Apa semua MP BN bodoh?

4. Beberapa akhbar utama menyiarkan berita usul minyak diterima: SEMUA MP BN MENYOKONG!. Atau media masa sengaja nak beritahu rakyat; nah tengok sikap sebenar wakil rakyat yang kamu pilih dan bayar gaji mereka, begitu bodoh dan malas berfikir untuk membela nasib kamu. Hanya menjadi tukang angguk Pak Lah sahaja.

Sunday, June 22, 2008

Dua Pam Di Stesyen Minyak Sempadan

Semalam kerajaan mengumumkan satu lagi langkah berkaitan penstrukturan semula harga minyak; menyediakan sistem dua pam di stesyen minyak berhampiran sempadan.

Pengumuman itu dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri sejurus selepas taklimat berkaitan kenaikan harga minyak kepada Ahli Parlimen (MP) BN di Angkasapuri.

Tujuannya supaya rakyat negara jiran beli minyak dengan harga pasaran sebenar.

Tujuannya juga supaya rakyat Malaysia tahu harga sebenar minyak tanpa subsidi.

Sebabnya rakyat Malaysia tidak pernah tahu harga sebenar minyak di pasaran dunia!

Ini adalah lanjutan daripada rentetan pengumuman-pengumuman berkaitan harga minyak.

Antara rentetan pengumuman tersebut;

1. Semasa kempen pilihanraya umum baru-baru ini, Datuk Najib umumkan harga minyak tidak akan naik selepas pilihanraya.

2. Selepas pilihanraya, wartawan sekali lagi bertanya sama tentang kenaikan harga minyak. Datuk Najib jawab harga minyak tidak akan naik.

3. Datuk Shahrir umumkan, kalau berlaku sedikit kenaikkan harga minyak, akan bermula Ogos 2008.

4. Kerajaan umumkan rakyat negara jiran tidak dibenarkan membeli minyak melebihi 20 liter di stesyen minyak sekitar sempadan bermula 1 Jun 2008.

5. Kerajaan umumkan tarikh minyak tidak boleh dijual kepada rakyat negara jiran diubah kepada 9 Jun 2008.

6. Pak Lah umumkan harga petrol dinaikkan RM 0.78 dan diesel RM 1.00 pada 5 Jun 2008.

7. Kerajaan umumkan rakyat negara jiran boleh beli semula minyak di stesyen sekitar sempadan pada 5 Jun 2008. Tak sempat pun berkuat kuasa...


Dan semalam, najib umumkan lagi...

Sorang ketua editor negeri akhbar Sinar Harian menulis, "Semua yang pemimpin kata tidak adalah ya sebenarnya.."

Seorang sasterawan pernah bermadah, 'siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri.'

Apa lagi yang akan diumum selepas ini?

Wednesday, June 18, 2008

SAPP, KHAIRI & ANWAR

Semalam, Yong Teck Lee membuat sidang akhbar mengumumkan bahawa parti mereka iaitu SAPP hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Abdullah Ahmad Badawi.

Dua Ahli Palimen mereka akan menyokong usul tidak percaya terhadap kepemimpinan Pak Lah sebagai PM Malaysia.

Untuk rekod, SAPP mempunyai dua Ahli Parlimen (MP) dan empat Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sabah.

Atas percaturan strategik, SAPP tidak menyatakan mereka keluar atau tidak daripada Pakatan Barisan Nasional (BN).

Namun boleh difahami bahawa sidang akhbar itu adalah 'pengumuman' keluar daripada BN.

Pakatan Rakyat (Pakatan) memerlukan tambahan 30 kerusi parlimen untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Kerajaan Pakatan Rakyat sangat didambakan oleh rakyat mutakhir ini untuk menurunkan kembali harga minyak yang menjadi bebanan utama pada masa ini.

Pembubaran kerajaan BN adalah penyelesaian utama isu kenaikan harga minyak.

Semalam Khairi mencabar Anwar meletak jawatan sebagai penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekiranya Pakatan tidak berjaya membentuk kerajaan persekutuan menjelang 17 September ini.

Katanya, kalau Anwar berani, sahut cabaran ini. Dia tunggu.

Satu segi, Khairi agak bodoh dengan cabaran itu.

Sepatutnya jika dia cabar Anwar letak jawatan jika Pakatan tidak tubuh kerajaan menjelang 17 September, dia juga patut beritahu bahawa dia akan turut letak jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO dan Ahli Parlimen Rembau jika Pakatan berkuasa pada tarikh yang sama.

Itu baru dipanggil anak Jantan!

Itu pun kalau betul si Khairi ini jantan.

Selama ini semua orang tidak melihat Khairi sebagai si Jantan.

Sebaliknya hanya bergantung harap kepada 'Bapa Mertua Ku'.

Sekarang Pakatan hanya memerlukan 28 kerusi lagi.

Ada maklumat yang menunjukkan ramai lagi MP akan sokong Pakatan Rakyat atau usul tidak percaya kepada PM dan BN.

So Khairi, berdebar?

Monday, June 16, 2008

Khairi: Petronas & Pemilihan Umno

Dalam masa seminggu, dua isu besar yang positif dicetuskan oleh Khairi Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Isu pertama Petronas perlu membentang laporan kewangan syarikat tersebut di Parlimen untuk diketahui oleh rakyat.

Isu kedua beliau menyatakan pertandingan merebut jawatan tidak akan menyebabkan perpecahan dalam parti UMNO.

Tidak diketahui apa tujuan beliau mencetuskan kedua-dua isu ini.

Mungkin untuk mengembalikan reputasi yang tergolek merudum selepas PRU 12 baru-baru ini.

Atau untuk merasionalkan hasrat beliau untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO walaupun semua orang tahu bahawa beliau sudah hilang kaliber untuk mengisi jawatan tersebut.

Walau apapun, pandangan Khairi ini biasanya akan menjadi kenyataan.

Tidak lama lagi Pak Lah pasti akan bercakap mengusulkan isu yang sama.

Telah terbukti sebelum ini, semua yang dicadang dan diutarakan oleh 'menantu' akan diangguk 'oleh' mertua.

Walau apapun disebaliknya, kita harap ada implikasi positif daripada drama 'Bapa Mertua Ku' ini.

Sunday, June 15, 2008

Rebat Tunai Dah Habis!

Malam tadi sempat minum teh tarik sambil sembang dengan kawan-kawan.

Salah seorang kawan yang sama-sama minum, pada siangnya telah pergi ambil rebat tunai subsidi minyak untuk motosikalnya yang berjumlah RM 150.

Dan katanya, semua duit tu dah habis! Beli barang dapur...

Lalu terfikir dalam otak saya, bijak sungguh kaedah subsidi minyak yang diperkenalkan oleh menteri-menteri BN!

Itu bukan subsidi minyak, itu saguhati memiliki kenderaan!

Kalau subsidi minyak, beli minyak baru dapat subsidi!

Ini beli minyak, tak de subsidi!

Duit rebat tunai habis dibelanja dalam masa beberapa hari.

Pahtu terus hidup dengan harga minyak melambung!

Harga barang melambung!

Kos sara hidup melambung!

Saturday, June 14, 2008

Rebat Tunai: Terpedayakah Rakyat?

Hari ini pemilik kenderaan persendirian yang membayar cukai jalan (LKM) bermula 1 April 2008 hingga 31 Mei 2008 mula menuntut bayaran rebat tunai di Pejabat Pos Malaysia.

Bayaran rebat ini bagi menggantikan subsidi bahan bakar (minyak) setelah penstrukturan semula subsidi bahan tersebut dibuat oleh kerajaan Malaysia pada 5 Jun 2008 yang lepas.

Dengar cerita, ramailah juga orang menyerbu Pejabat Pos. Bahkan bersesak-sesak juga katanya.

Pemilik kereta dengan cc enjin 2000 dan ke bawah, serta pemilik pikap dengan kapasiti enjin 2500 cc dan ke bawah layak dapat rebat tunai sekitar RM 1.70 sehari, atau RM 625 setahun.

Pemilik motor dengan kapasiti enjin 150 cc dan ke bawah layak dapat rebat tunai sekitar RM 0.40 sehari, atau RM 150 setahun.

Jumlah yang diperolehi oleh pemilik kenderaan ekoran kenaikkan harga minyak jauh lebih kecil berbanding beban yang mereka terpaksa tanggung akibat kenaikan harga barang dan kos sara hidup ekoran kenaikan harga minyak tersebut.

Persoalannya, adakah rakyat sekali lagi akan terpedaya dengan tipu helah kerajaan BN ini?

Saturday, June 7, 2008

Petua Turunkan Harga Minyak

Kenaikan harga minyak oleh Pak Lah dan Menteri Kabinet Barisan Nasional beberapa hari lepas menimbulkan kegelisahan melampau dalam kalangan rakyat.

Pengumuman itu sekaligus mengesahkan bahawa Perdana Menteri dan Menteri Kabinet BN memang sah penipu.

Datuk Seri Najib, TPM sebagai contoh beberapa kali ditanya semasa kempen pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini sama ada harga minyak akan naik atau tidak selepas pilihanraya?

Secara jelas beliau menjawab, "harga minyak tidak akan dinaikkan". Kenyataan ini disiarkan oleh semua media masa utama.

Selepas pilihanraya, sekali lagi beliau ditanya soalan yang sama. Jawapannya masih sama, "Harga minyak tidak akan dinaikkan".

Alih-alih, secara drastik PM mengumumkan kenaikan harga minyak melebihi 50 peratus bagi diesel dan melebihi 40 peratus bagi petrol.

Rakyat terkejut umpama dijatuhkan hukuman pancung!

Lalu ramailah juak-juak UMNO/BN mencadangkan formula mengatasi kemelut ini. Antaranya ubah cara hidup, berjimat cermat, guna pengangkutan awam dan sebagainya.

Saya tidak berminat dengan cadangan-cadangan untuk menangani kenaikan harga minyak sebagaimana yang diutarakan tersebut.

Saya ada cadangan yang lebih baik untuk menurunkan semula harga minyak.

Caranya, bubarkan kerajaan Barisan Nasional! Bentuk kerajaan Pakatan Rakyat!

Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat berulang kali berjanji untuk menurunkan harga minyak bila mereka menjadi kerajaan persekutuan.

Kenapa kita terus berusaha mempertahankan kerajaan yang menaikkan harga minyak sedangkan kita ada alternatif kerajaan yang akan menurunkan harga komoditi tersebut!

Bagaimana cara?

Teruskan usaha memujuk dan menyedarkan Ahli Parlimen BN supaya berhijrah meninggalkan kem BN yang langsung tidak popular pada pandangan rakyat kepada kem Pakatan.

Pakatan hanya memerlukan 30 kerusi sahaja lagi untuk membentuk kerajaan persekutuan, sekaligus menurunkan harga minyak melalui agihan keuntungan petronas yang lebih adil.

Sunday, June 1, 2008

Kasihan Ezam

Akhirnya Ezam masuk Umno semula, parti yang ditinggalkan 10 tahun lalu.

Parti yang semasa dia keluar dahulu, dibawa bersama 24 kotak penyelewengan dan rasuah berprofil tinggi pemimpin Umno.

Parti yang kerananya, Ezam merengkok dalam penjara.

Semasa Ezam berura-ura menyatakan minat menyertai semula Umno lepas, Hishammudin si ketua orang muda Umno berkata: Saya akan minta pemimpin tertinggi menjawab tiga persoalan sebelum membenarkan Ezam menyertai semula Umno;

1. Kenapa Ezam ingin masuk Umno?
2. Apa faedahnya kepada Umno?
3. Ezam mesti buktikan dahulu kejujuran

Seingat saya, itulah intisari yang Hishammuddin nak timbulkan. Saya pun tak ingat sangat. Pun saja malas nak ingat.

Sekarang Ezam dah pun serah borang menjadi ahli Umno. Serah kepada PM pulak tu. Bersekali dengan RM 100 untuk jadi ahli seumur hidup katanya.

Namun, sekarang heboh pemimpin Umno tinggi atau rendah duk sangsi dengan niat Ezam sertai Umno. Macam-macam orang kata kat dia. Daripada Naib Presiden sampailah pencacai dalam Umno. Semuanya mengatakan;

"Kedatangan mu tidak diundang!!"

Kesian Ezam. Kotak yang 24 itu entah di mana nak simpan. Dengan Opah Fidah yang berjela report polis dia buat macam mana nak sapa. Dengan semua orang curiga, camna dia nak hidup dalam Umno.

Atau, inilah nesan politik si Ezam yang dahulunya penuh Jebat didada..