Friday, October 31, 2008

Minyak Turun, Tapi Tak Memadai

Kerajaan menurunkan lagi harga minyak untuk kali keempat pada tahun ini.

Petrol Ron 97 diturunkan 15 sen, daripada RM 2.30 kepada RM 2.15 seliter.

Namun penurunan ini tidak memadai jika dirujuk kepada harga semasa minyak di pasaran dunia.

Semalam harga minyak di pasaran dunia berada sekitar USD 64 satu tong.

Dengan harga tersebut, kita sepatutnya mendapat harga sekitar RM 1.70 seliter, selepas mengambil kira subsidi kerajaan sebanyak 30 sen seliter.

Kalaupun kerajaan tidak memberi subsidi, kita seharusnya mendapat harga yang lebih rendah berbanding harga yang diumumkan oleh kerajaan iaitu RM 2.15 seliter.

Oleh itu kita mendesak kerajaan menurunkan lagi harga minyak, sekurang-kurangnya pada harga RM 1.92, iaitu harga sebelum dinaikkan pertengahan tahun ini.

Saturday, October 25, 2008

Minyak Turun, Harga Barang Tinggi

Semalan Datuk Shahrir, menteri yang jaga hal ehwal perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna membayangkan harga bahan bakar petrol dan diesel akan diturunkan lagi menjelang akhir bulan ini atau awal bulan hadapan.

Katanya penurunan tidak akan melebihi 15 sen. Beliau memberi alasan untuk mengelakkan pengusaha stesyen minyak mengalami kerugian jika kadar penurunan lebih besar daripada itu.

Banyak perkara terlintas dalam fikiran saya apabila melihat dan mendengar kenyataan Datuk Shahrir tersebut.

Pertama, Datuk Shahrir masih lagi meletakkan kepentingan peniaga dan saudagar minyak melebibihi kepentingan rakyat jelata. Semasa harga petrol Ron 97 dinaikkan daripada RM 1.92 kepada RM 2.70 pertengahan tahun ini, harga minyak di pasaran dunia berada pada paras harga sekita USD 135 satu tong.

Datuk Shahril dan pemimpin kerajaan yang lain tidak bersungut pun tentang kerugian yang dialami oleh rakyat. Rakyat menerima tamparan dan kerugian yang melampau akibat tindakan tersebut apabila harga barang melambung naik ekoran kenaikan harga bahan bakar tersebut.

Datuk Shahril juga tidak bersungut langsung tentang keuntungan melampau yang diperolehi oleh pengusaha stesyen minyak ekoran kenaikkan 40 peratus harga bahan bakar pada masa itu.

Sekarang harga minyak berada pada paras sekitar USD 60 satu tong. Harga petrol Ron 97di Malaysia RM 2.30. Dengan kadar penurunan yang begitu besar, rakyat Malaysia sepatutnya menikmati harga petrol bawah RM 1.92.

Namun semalam Shahril hanya membayangkan minyak akan diturunkan tidak melebihi 15 sen. Bimbang pengusaha minyak mengalami kerugian melampau katanya.

Inilah nasib rakyat Malaysia yang bermenterikan menteri saudagar minyak, bukan bermenterikan menteri rakyat.

Harga barangan pun belum menunjukkan tanda-tanda penurunan walaupun harga minyak dah diturunkan sebanyak 40 sen dalam masa beberapa bulan ini.

Menteri dan pemimpin kerajaan yang lain sibuk dengan kempen untuk pemilihan peringkat bahagian dan negara yang sedang dan akan berlangsung Mac nanti.

Tidak ada mekanisma diusahakan oleh kerajaan menurunkan harga barangan yang menjadi keperluan harian rakyat.

Mereka hanya menggerakkan mekanisma untuk memenangi pemilihan yang sedang berlangsung.

Malangnya rakyat Malaysia..

Wednesday, October 22, 2008

Dilema Rafidah

Sebahagian anggota wanita umno menggelarkan Rafidah Aziz, ketua pergerakan tersebut sebagai wanita besi.

Gelaran tersebut diberi kononnya disebabkan ketabahan dan ketekalan Rafidah mengharungi ombak politik dalam dan luar umno.

Dalam umno, beliau berjaya bangkit semula untuk menewaskan Zaharah Sulaiman walaupun pernah kehilangan kerusi nombor satu wanita umno kepada bekas menteri kesihatan tersebut.

Di luar umno, beliau berjaya mengharungi serangan berterusan terhadap tuduhan rasuah melibatkan kelulusan projek dan saham kepada kroni dan ahli keluarga, khususnya kepada menantu beliau.

Kehebatan Rafidah lebih terserlah apabila saudara Ezam yang mengetuai kempen pembongkaran rasuah dan salah guna kuasa terhadap beliau akhirnya merengkok dua tahun dalam penjara di bawah akta rahsia rasmi (OSA) akibat membocorkan maklumat penyelewangan tersebut yang dianggap sebagai rahsia rasmi kerajaan.

Kehebatan beliau terserlah lagi apabila Ezam seolah-olah mengaku segala kesilapan beliau apabila dengan penuh kehinaan dan rasa rendah diri memohon dan merayu menyertai semula umno sebagai ahli seumur hidup.

Setelah berakhir PRU 12, Rafidah tidak dilantik sebarang portfolio dalam kabinet 2008Abdullah Badawi.

Bermula detik itulah, Rafidah menjelmakan dirinya sebagai penentang yang kuat terhadap kepemimpinan Perdana Menteri Pak Lah.

Beliau adalah antara personel utama umno yang mula-mula menyuarakan pandangan supaya pak Lah berundur.

Apabila Pak Lah menunjukkan sikap tidak akan mengalah kepada tuntutan tersebut, Rafidahlah orangnya yang bertanggungjawab mengeluarkan ingatan kepada Pak Lah, "jangan samapai nasi menjadi bubur".

Rafidahlah juga orang yang bertanggungjawab menyambung lidah saraf Muhyiddin Yassin untuk mendesak Pak Lah menyegerakan plan peralihan kuasa daripada Jun 2010 kepada tarikh yang lebih awal.

Maklumat dalaman umno mendedahkan bahawa Rafidahlah salah seorang pemimpin umno yang bersuara dengan lantang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) untuk mendesak Pak Lah menyerahkan jawatan PM kepada Datuk Najib lebih awal berbanding Jun 2010.

Akibat desakan beliau dan beberapa pemimpin utama umno yang lain seperti Hishammuddin, Shafie Afdal dan Muhyiddin, akhirnya Pak Lah bersetuju menyegerakan plan peralihan kuasa daripada Jun 2010 kepada Mac 2009.

Tercapailah hajat dan cita-cita Rafidah.

Namun beliau langsung tidak menjangkakan bahawa beliau akan berhadapan situasi yang sama dengan situasi yang dihadapi oleh Pak Lah.

Segalanya bermula apabila beliau menetapkan plan peralihan kuasa ketua wanita umno daripada beliau kepada timbalannya, Shahrizat Jalil pada jun 2009.

Atas alasan plan tersebut, dia memutuskan untuk mempertahankan jawatan ketua wanita umno, manakala Shahrizat mempertahankan jawatan timbalan.

Shahrizat sendiri mengumumkan beliau tidak akan bertanding ketua wanita, oleh itu bahagian-bahagian diminta tidak mencalonkan beliau untuk jawatan nombor satu tersebut.

Namun lain pula yang difikirkan oleh akar umbi wanita umno.

Ada wanita umno di peringkat bahagian yang mengatakan tidak rasional untuk Rafidah melanjutkan tempoh untuk memegang jawatan ketua wanita hanya untuk tiga bulan sahaja lagi.

Ini kerana perhimpunan agung umno pada bulan Mac, Rafidah rancang serah jawatan pada Sharizat bulan Jun.

Ada juga wanita yang mengatakan adalah tidak bijak untuk wanita umno tidak mempunyai ketua untuk masa hampir tiga tahun selepas ini.

Ini kerana pemilihan umno hanya tiga tahun sekali. Menunggu pemilihan akan datang, ketua wanita hanya akan dipangku oleh Sharizat, bukannya jawatan rasmi.

Ada juga wanita umno peringkat bawahan yang mengatakan Rafidah sudah tidak relevan lagi dalam arus politik Malaysia. Sama seperti tidak relevannya Pak Lah sebagai PM Malaysia dan sebagai presiden umno.

Berasaskan pandangan-pandangan di atas, maka banyak bahagian wanita umno mencalonkan Shahrizat untuk jawatan ketua wanita.

Jumlah yang telah diperolehi oleh Shahrizat sudah melebihi kouta yang melayakkan beliau bertanding jawatan nombor satu tersebut.

Situasi ini menunjukkan isyarat yang kuat daripada akar umbi wanita umno yang ingin menolak Rafidah.

Situasi ini meletakkan Rafidah dalam dilema.

Adakah dia akan mempertahankan jawatan ketua wanita tersebut dalam pemilihan akan datang sejajar dengan gelarannya sebagai wanita besi yang tidak akan tunduk kepada orang lain?

Atau dia beralah sahaja dengan menyerahkan jawatan tersebut kepada Shahrizat sebagaimana Pak Lah menyerah kepada Najib.

Tuesday, October 21, 2008

Shamsiah Fakeh: Perginya Pejuang Bangsa

Samsiah Fakeh atau nama sebenarnya Shamsiah Sutan telah meninggal dunia kemarin di rumah anaknya di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Beliau yang sebelum itu mendapat rawatan di Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM) telah meninggal dunia akibat komplikasi sakit tua dan jangkitan paru-paru.

Allahyarhamah lebih dikenali sebagai komunis dalam buku sejarah yang dipelajari oleh anak-anak di sekolah, khususnya dalam sukatan pelajaran kebangsaan.

Sebenarnya silibus yang menyimpulkan Shamsiah Fakeh sebagai komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan ini telah lama mendarah daging dalam sukatan pelajaran kebangsaan.

Sebab itulah sebahagian besar rakyat yang telah melalui sistem pendidikan tersebut telah menyematkan secara kemas dalam minda mereka bahawa Shamsiah Fakeh adalah komunis.

Majoriti rakyat Malaysia yang mengikuti sistem persekolahan kebangsaan telah menerima fakta bahawa Shamsiah adalah salah seorang pemimpin Melayu dalam Parti Komunis Malaya (PKM).

Oleh kerana PKM adalah musuh negara, maka Shamsiah juga disimpulkan sebagai musuh negara yang kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Orang ramai sudah tidak rajin lagi untuk mencari sumber lain bagi mengenali lebih dekat siapa Shamsiah Fakeh yang sebenarnya.

Tidak dinafikan bahawa Shamsiah adalah salah seorang pemimpin Melayu dalam Rejimen ke 10 PKM.

Namun sebelum itu beliau adalah salah seorang pemimpin Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang memperjuangkan kemerdekaan negara daripada penjajahan asing.

Ramai pejuang yang telah bangkit dan menubuhkan gerakan untuk menentang kolonial asing, khususnya British pada zaman tersebut.

Matlamatnya hanya satu iaitu memerdekakan bangsa dan negara daripada penjajahan asing.

Shamsiah Fakeh adalah salah seorang wanita yang berjiwa tega.

Beliau menyertai ramai lagi pejuang bangsa yang lain antaranya Dr Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestaman, Ishak Muhammad atau Pak Sako dan lain-lain.

Tujuan mereka hanya satu iaitu menentang penjajahan dan memerdekakan tanah air.

Sewaktu mereka berhempas pula memperjuangkan nasib bangsa, sebahagian pemimpin yang kononnya dianggap sebagai pejuang kemerdekaan negara dalam buku sejarah bekerja sebagai pegawai kerajaan penjajah.

Shamsiah Fakeh dan pemimpin-pemimpin pertubuhan kiri yang lain dianggap sebagai ancaman kepada kerajaan penjajah.

Akhirnya pertubuhan-pertubuhan yang bertekad memperjuangkan kemerdekaan tanah air tersebut diharamkan.

Antara yang diharamkan adalah Kesatuan Melayu Muda (KMM), Hizbul Muslimin, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang mana AWAS adalah salah satu sayapnya, dan beberapa pertubuhan kiri yang lain.

Sebahagian besar pemimpin pertubuhan ini ditangkap dan dipenjarakan oleh penjajah, termasuk Dr Burhanuddin Helmi.

Sebahagian besar terpaksa melarikan diri ke hutan untuk menyelamatkan diri.

Pelarian di hutan belantara sangat menyulitkan, ancaman tangkapan dan survival sangat menekan.

Akhirnya sebahagian pemimpin melayu ini menubuhkan Rejimen Ke 10 Parti Komunis Melayu yang berpusat di hutan negeri Pahang.

Tujuannya untuk menentang penjajah British.

Saya tidak mengatakan keputusan Shamsiah Fakeh dan kawan-kawan beliau menyertai komunis adalah langkah yang mulia.

Namun saya tegas untuk mengatakan bahawa penjajah Britishlah yang bertanggungjawab sehingga wujudnya Rejimen Ke 10 PKM yang dianggotai oleh pejuang-pejuang Melayu.

Mereka menjadikan Rejimen Ke 10 sebagai platform untuk menentang penjajah setelah semua pertubuhan lain diharamkan oleh kerajaan penjajah.

Akhirnya Tanah Melayu pun merdeka. Menurut Dr Burhanuddin Helmi sebagai merdeka yang tidak masak kerana asas perlembagaan negara masih berasaskan penjajahan, iaitu digubal oleh Suruhanjaya Reid.

Sebahagian pegawai yang berkhidmat dengan penjajah akhirnya dilantik sebagai pemimpin negara, dengan jolokan kononnya sebagai pejuang kemerdekaan negara.

Pejuang kemerdekaan yang masih ada dalam penjara terus dipenjarakan. Ada sebahagian yang mati dalam penjara.

Pejuang kemerdekaan sebenar yang masih di hutan terus diperangi, katanya kerana ancaman kepada keselamatan negara.

Alhamdulillah, rundingan damai dan perletakan senjata PKM menamatkan konflik tersebut.

Bolehlah sebahagian pejuang Melayu yang terpaksa menyertai Rejimen Ke 10 PKM hidup seperti orang lain pada usia tua mereka.

Sebahagian mereka telah meninggal dunia.

Sebahagian mereka masih hidup.

Kelmarin Shamsiah Fakeh pula kembali ke rahmatullah.

Saya banyak membaca dan mengkaji tentang perjuangan sebelum kemerdekaan, termasuk perjuangan Shamsiah Fakeh dan perjuangan golongan ulama' yang lain.

Saya tidak kisah apa yang orang lain hendak kata, namun bagi saya kematian Shamsiah Fakeh adalah 'perginya seorang pejuang bangsa'.

Semoga rohnya aman di sana.

Monday, October 20, 2008

Sekat Najib: Perlu Kerjasama Pak Lah & PR

Majoriti penganalisis politik melihat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berada dalam keadaan tertekan dan tersempit ekoran persetujuan beliau untuk menyerahkan kuasa kepada Datuk Najib menjelang Mac 2009 ini.

Kekecewaan itu bertambah parah setelah menyedari beliau tersilap langkah apabila memutuskan tidak mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan umno akan datang.

Sebelum ini beliau mengatakan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan presiden adalah demi perpaduan dalaman umno, sekaligus menghidari perpecahan yang lebih teruk apabila berlaku pertembungan antara beliau dan Datuk Najib bagi jawatan tersebut.

Pada jangkaannya, hanya beliau seorang yang akan hilang jawatan dan bersara daripada politik umno.

Tanpa beliau ramalkan, rentak tersebut telah berubah dengan ketara sekarang.

Tun Mahathir yang dikatakan menjadi proksi kepada Datuk Najib dan Muhyiddin telah mengarahkan jentera mereka untuk menyisihkan semua kumpulan Pak Lah dalam pemilihan akan datang.

Dengan kata lain, peralihan kuasa yang dirancangkan Mac 2009 nanti bukan hanya melibatkan Pak Lah seorang, sebaliknya akan menyaksikan seluruh empayar politik Pak Lah dalam umno akan berkubur.

Pak Lah telah menyedari hakikat ini, sebab itulah beliau menyerang dengan hebat Tun Mahathir dan Muhyiddin sehari dua ini.

Pemerhati politik melihat tindakan Pak Lah menyerang Mahathir dan Muhyiddin sebagai isyarat serangan kepada Datuk Najib yang dikatakan begitu licik mengatur strategi dan penipuan agar peralihan kuasa daripada Pak Lah kepada beliau disegerakan.

Muhyiddin adalah ekor, Najib adalah kepala, manakala Mahathir adalah pemilik ular tersebut.

Ramai melihat tindakan Pak Lah memukul ekor tidak akan mematikan ular. Ular hanya akan mati apabila dipukul kepalanya.

Ada juga pemerhati yang mengatakan serangan Pak Lah kepada Najib bersifat 'pukul anak sindir menantu'. Dengan kata lain, Pak Lah sebenarnya ingin menyerang Najib tetapi menjadikan Muhyiddin sebagai sasaran perantara kepada target tersebut.

Namun Pak Lah seharusnya sedar bahawa strategi tersebut kurang berkesan. Najib sebagaimana yang diketahui ramai adalah ahli politik yang tidak berperasaan. Usahkan hendak terasa dengan kiasan dan falsafah sinis tersebut, orang hempuk atas batang hidung pun dia buat dek saja.

Buktinya dalam isu Altantuya, Sukhoi, Scorpene dan yang terbaru Eurocopter, dia buat tak kisah saja walaupun pelbagai bukti telah dicampak oleh pelbagai pihak.

Paling hebat pun dia hanya menafikan, tanpa menyertakan bukti-bukti untuk menafikan tuduhan yang dibuat tersebut.

Bagi menyelamatkan negara daripada jatuh ke tangan orang seumpama Datuk Najib, Pak Lah mesti berbuat sesuatu.

Andaikata tidak ada lagi plan yang boleh dilakukan untuk menyekat Najib melalui dalaman umno, Pak Lah mesti mengambil bantuan luar.

Bagi saya mudah, Pak Lah mesti bekerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR).

Sebagaimana yang saya pernah katakan sebelum ini, PR memang tidak suka Pak Lah sebagai Perdana Menteri.

Namun PR lagi tida suka Najib sebagai PM.

Seharusnya Pak Lah bergabung dengan PR untuk menyekat Najib dan bala tentera beliau.

Pak Lah harus berbincang dengan PR untuk menyerahkan jawatan PM kepada Anwar atau mana-mana pemimpin PR yang berkapasiti.

Pak Lah perlu membawa ahli parlimen (MP) daripada kumpulan beliau untuk membentuk kerajaan baru PR.

Bagi saya ini satu alternatif yang boleh difikirkan oleh Pak Lah untuk menyekat Najib.

Inilah salah satu cara yang boleh Pak Lah fikirkan untuk menyelamatkan negara daripada jatuh ke tangan orang seperti Najib.

Sunday, October 19, 2008

Apabila Pak Lah Mengamuk

Rakyat Malaysia sebelum ini mengenali Pak Lah si Perdana Menteri sebagai seorang yang lembut dan mempunyai tutur bicara yang berlapik dan berhemah.

Kalaupun ada yang mengatakan Pak Lah ni keras, keras tersebut hanyalah pada tindakan. Khususnya dalam isu memanjangkan tempoh tahanan ISA tanpa berhati perut.

Namun kelmarin dan semalam, rakyat Malaysia dikejutkan dengan bicara keras Pak Lah menghentam Tun Mahathir dan calon timbalan presiden, Muhyiddin Yassin.

Pak Lah mengakhiri bebelan yang panjang kepada Tun Mahathir dengan ungkapan penutup yang agak mengejutkan.

"Lebih baik Tun tak bercakap langsung hari ini".

Begitulah lebih kurang maksudnya.

Kepada Muhyidin, secara jelas Pak Lah menuduh dialah yang bertanggungjawab mendesak dipercepatkan peralihan kuasa walaupun pelan asal peralihan kuasa telah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi (MT) dan dipersetujui secara peribadi antara Pak Lah dan Datuk Najib.

Bebelan kepada Muhyiddin ditutup oleh Pak Lah dengan ungkapan;

"Dia dah tak sabar nak jadi timbalan presiden".

Begitulah lebih kurang maksudnya.

Ramai pemerhati politik melihat Pak Lah sudah memasuki paradigma baru dalam cara berpolitik.

Kalau sebelum ini beliau banyak defensif, sekarang beliau sudah menunjukkan wajah singanya dengan attack musuh-musuhnya.

Kalau sebelum ini beliau hanya menyerang musuh-musuh dalam blok pembangkang, sekarang beliau sudah mula berani menyerang musuh dalam parti sendiri.

Penganalisis politik melihat strategi Pak Lah sudah terlambat.

Dia hanya mula menyerang apabila ruang untuk dia sudah hampir tertutup.

Dia hanya mula menunjukkan taringnya apabila sudah diasak rapat ke dinding, hingga tiada lagi ruang untuk melepaskan diri.

Dengan kata lain, dia sekarang hanyalah umpama kuda tua yang menunggu masa untuk dijadikan patung dan boneka.

Tenaganya hampir habis, hanya menunggu masa untuk menyerah kalah dalam keadaan bermaruah.

Itulah semua yang ditelah dan diperbincangkan oleh penganalisis politik dalam dan luar negara.

Namun bagi saya Pak Lah hanya terlambat, bukan terlewat.

Paling kurang dia mempunyai tempoh lima bulan untuk mengatur strategi dan membuat serangan balas terhadap armada Mahathir yang dinakhodai secara langsung oleh Najib dan Muhyiddin.

Sekiranya Pak Lah tidak mengatur strategi dan membuat serangan balas, seluruh empayar politik beliau akan hancur pasca Mac 2009 nanti.

Tun Mahathir yang sekarang sedang memproksikan Najib dan Muhyiddin telah memberi isyarat yang jelas agar perwakilan umno menolak semua calon Pak Lah.

Termasuk yang akan ditolak tersebut berstatus naib presiden dan menteri besar.

Sekiranya Pak Lah hanya berserah kepada nasib sambil menunggu Mac 2009, bukan sekadar dia seorang yang dipaksa berundur, bahkan seluruh kepentingan politik beliau.

Pak Lah mesti mengatur langkah segera.

Orang-orang Pak Lah juga mesti mengatur langkah segera menyelamatkan empayar mereka.

Banyak strategi boleh diatur oleh Pak Lah dan orang-orangnya.

Namun strategi yang telah jelas terbentang di hadapan mata adalah menyekat Datuk Najib.

Setiap pendekar ada alah dan kelemahan masing-masing.

Pendekar Melayu silam biasanya tewas dengan buluh dan nibong runcing.

Datuk Najib pun begitu, ada kelemahannya.

Pak Lah sangat tahu kelemahan Datuk Najib.

Pak Lah tahu Datuk Najib lemah dalam kes Altantuya, pesawat tempur Sukhoi, kapal selam Scorpene dan yang terbaru Eurocopter.

Untuk menyelamatkan empayar politik beliau, khususnya menjaga nasib dan masa depan pengikutnya, senjata ini perlu digunakan untuk menyekat Najib.

Sekiranya tidak cukup kekuatan dalam umno, Pak Lah boleh berunding dengan Pakatan Rakyat (PR) untuk tujuan tersebut.

PR memang tidak suka Pak Lah sebagai PM.

Namun PR lebih tidak suka Najib sebagai PM Malaysia.

Premis ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Pak Lah dan armada beliau.

Saturday, October 18, 2008

Tendang Cikgu: Gantung Seminggu Je...

Hari Khamis lepas masyarakat Malaysia dikejutkan dengan tayangan secara live dua budak sekolah perempuan menengking, menepis tangan dan menendang perut guru mereka.

Lebih mengejutkan, budak sekolah tersebut baru tingkatan dua.

Lebih mengejutkan lagi, budak sekolah tersebut adalah betina dan cikgu yang ditendang juga seorang guru perempuan.

Pelbagai pihak memberi pandangan terhadap insiden ini.

Bagi saya inilah contoh bahawa tahap disiplin, akhlak dan moral murid sekolah di negara kita yang berada pada tahap yang sangat membimbangkan.

Bagi saya, inilah contoh kegagalan sistem pendidikan kita.

Peristiwa ini adalah penerusan kepada rentetan panjang paparan kebejatan disiplin murid sekolah. Ini adalah penerusan kepada seks bebas dalam kalangan murid, mat dan minah rempit, bohsia dan bohjan, pertarungan ala samurai dan pelbagai kebobrokan tingkah laku murid yang pernah dipaparkan oleh media.

Ini adalah buah yang telah masak daripada pokok 'kemanjaan melampau' yang diberikan kepada murid.

Atas desakan pelbagai pihak khususnya ibu bapa yang kononnya sayang pada anak, sistem dendaan hampir pupus di sekolah.

Usahkan merotan murid, guru yang cubit telinga murid pun dianggap menyalahi prosedur kerja. Ibu bapa berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap guru ini. Guru ini juga boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana melanggar prosedur perkhidmatan yang dibenarkan.

Akhirnya murid-murid sekolah jadi mual. Ibu bapa murid juga jadi manggok. Guru sekolah berada pada kedudukan yang sangat defensif, tersempit antara keperluan mendidik murid dan kekangan perundangan yang melingkari mereka.

Apabila keluar isu-isu seumpama yang berlaku di SMK Perlis minggu lepas, barulah semua pihak melatah itu dan ini.

Tuduh menuduh dan kata mengata.

Usahlah tuduh menuduh, kata mengata. Perbetulkan sistem yang pincang. Banyak perkara yang perlu diperbetulkan dalam sistem pendidikan kita.

Bukti kerosakan ini adalah apabila Badan Disiplin SMK Perlis yang bersidang pada keesokan harinya hanya menggantung persekolahan pelajar yang menendang guru tersebut selama seminggu.

Sekolah pun tidak berani mengambil tindakan lebih dari itu.

Bagi saya, itulah contoh keputusan yang betul-betul gila babi.

Pelajar yang cabar, tengking dan tendang guru dalam bilik darjah hanya digantung persekolahan seminggu?

Bagi saya pelajar seumpama ini perlu diajar di dalam dan di luar sekolah.

Dalam konteks pendidikan, pelajar ini perlu dibuang sekolah secara mandatori. Barah ini perlu dinyahkan segera daripada sekolah supaya tidak mempengaruhi orang lain.

Kalau mereka nak sekolah lagi, hantar sahaja ke Sekolah Tunas Bakti. Di sana mereka boleh asah lagi bakat pergaduhan yang telah mereka ada.

Di luar sekolah, pelajar ini perlu diajar secukup-cukupnya.

Pelajar seperti ini perlu diajar tinggi rendahnya langit.

Dengan kata lain, budak ini perlu dilempang cukup-cukup di luar sekolah (dalam sekolah salah peraturan).

Kalaulah saya salah seorang guru kat SMK Perlis, budak ni pasti akan mendapat hadiah yang paling menarik atas kecemerlangan yang ditunjukkan.

Kalau ayah mak dia campur tangan, lagi baik.

Kita juga mesti bagi hadiah atas kejayaan dia mendidik anaknya hingga jadi secemerlang itu di sekolah.

Wednesday, October 15, 2008

Turunkan Lagi Harga Minyak

Semalam harga minyak di pasaran dunia turun lagi dengan mendadak.

Di pasaran London, minyak ditutup sekitar USD 70.8 setong.

Di pasaran Amerika Syarikat, minyak ditutup sekitar USD 74.5 setong.

Dua hari lepas kerajaan Malaysia mengumumkan penurunan harga minyak sebanyak 15 sen seliter. Dengan penurunan tersebut, harga petrol Ron 97 yang menjadi kegunaan utama rakyat Malaysia berada pada paras RM 2.30 satu liter.

Harga ini jauh lebih tinggi berbanding harga yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Malaysia berasaskan pasaran minyak dunia yang jatuh di bawah USD 75 satu tong.

Semasa kerajaan Malaysia menaikkan harga minyak (Ron 97) daripada RM 1.92 kepada RM 2.70, harga minyak di pasaran dunia berada pada paras sekitar USD 130 satu tong.

Sekarang harga minyak dunia bawah USD 75 satu tong.

Kerajaan Malaysia hanya turunkan sebanyak 40 sen sahaja.

Sepatutnya rakyat Malaysia menikmati harga yang jauh lebih rendah berbanding RM 2.30 seliter sekarang.

Pemimpin negara berjanji akan mengekalkan subsidi minyak pada kadar 30 sen satu liter.

Sekarang bukan kerajaan yang bagi subsidi kat rakyat, sebaliknya rakyat yang terpaksa bagi subsidi dan bayar keuntungan berganda kepada kerajaan.

Inikah yang dikatakan kerajaan yang baik? Kerajaan yang mengutamakan rakyat?

Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad dengan mulut bermuncungnya mengatakan minyak tidak boleh diturunkan dengan kadar yang banyak kerana merugikan pengusaha stesyen minyak.

Kita nak tanya Shahrir, kamu ni menteri rakyat atau menteri saudagar minyak?

Kenapa pengusaha stesyen minyak tak merungut kerana untung melampau apabila minyak naik 78 sen satu liter pertengahan tahun lepas?

Sekarang Shahrir muncung mendendangkan lagu lain, "minyak tak boleh diturunkan banyak sebab akan menjejaskan penghantaran".

Kita nak tanya Datuk Shahrir, hantu badut mana dah merasuk engkau sekarang ni?

Walau apa pun, rakyat Malaysia mesti gerakkan kempen dan desakan supaya kerajaan turunkan lagi harga minyak dalam masa sehari dua ini.

Tuesday, October 14, 2008

Datuk Najib, Razak Baginda & Altantuya?

English version.. (Perhatian: Ini adalah tuduhan terhadap Datuk Najib Abdul Razak. Kebenaran tidak dapat dipastikan).

The SMS-Chat Begin ....

Wednesday 8/11/2006

Shafee to Najib (S2N) Date: 8/11/2006 02:59:31

--> Dato Seri, The Razak Baginda thing is troubling me.Can I help? Salam, Shafee



Najib to Shafee (N2S) Date: 8/11/2006 03:45:05

--> I will speak with u later tonight.



S2N Date: 8/11/2006 03:45:31

--> Thank you



S2N Date: 8/11/2006 06:28:56

--> Met the investigating officer today.Position is serious for RB.The 3 are highly implicated.RB's case can be fought.There are redeeming features for him.But we need to meet Dato Seri as there are other looming issues at large.But not to worry. Salam > Shafee



N2S Date: 8/11/2006 21:06:11

--> I have spoken to IGP. U can represent n meet RB in court.



Thursday 9/11/2006

N2S Date: 9/11/2006 12:45:30

--> If RB's remand is upto Sunday, does it mean that he has to be charged by Fri or be released? i hope it is looking better for him.



S2N Date: 9/11/2006 13:11:23

--> 3 things can happen.Firstly, they can ask for more time for detention.We will resist.Second,they have to release him by Friday or thirdly charge him by Friday.Police took him to his office for document search.Nothing incriminating found.Now they are recording stmt from him.Later search in house.Under control so far Dato Seri. Salam, shafee



S2N Date: 9/11/2006 14:09:03

--> Dato Seri, Re RB need to meet up with you today. shafee



N2S Date: 9/11/2006 14:17:47

--> 630 pm at my house in PJaya this evening.



S2N Date: 9/11/2006 14:18:21

--> Thank you



Friday 10/11/2006

N2S Date: 10/11/2006 15:14:31

--> Any news about RB ?



S2N Date: 10/11/2006 15:19:40

--> Dato Seri, Negotiating for conditional release.If not police need 2 or 3 more days extention.I suspect its an exercise in public relation as they do not want public to think a VIP was given an easier time.Being a vip under these conditions is a liability.Otherwise we are on track according to plan. Salam, Shafee



N2S Date: 10/11/2006 15:27:01

--> Thanks, he is very stressful according to his wife n would be a huge help if he could get a conditional release latest by sun.



N2S Date: 10/11/2006 21:35:52

--> Saw the news on tv. RB was sent for DNA. Not sure it was neccessary.



S2N Date: 10/11/2006 21:40:19

--> Unnessasary.But I think its on his lung infection.He has just been sent again to HUKM.Will know more later from inside contacts.



Saturday 11/11/2006

S2N Date: 11/11/2006 03:17:56

--> Dato Seri, I was at ghkl ccu 4th floor.RB was admitted due to lung infection:mild pneumonia and asthmatic.This was the pain he was suffering in the chest and unexplained coughing for months.He is under an able physician Dato Dr Jeyaindran Sinnadurai(head of Dept of Medicine)Its good he is resting there than in the lockup.Dna was done to eliminate that he was at scene of crime(paternity can be ruled out as well).Need to see Dato Seri on some concerns. Salam. Shafee



N2S Date: 11/11/2006 08:54:17

--> ANy chance of a release by sun ?



S2N Date: 11/11/2006 08:58:14

--> Police should release him by then except that I think the police is disturbeb by Media and public pressure.Other factors need be coomunicated to Dato Seri in person. Investigation wise we are on track for release.




S2N Date: 11/11/2006 09:26:52

--> It is clear that the Police will ask for extention t'row.I will resist strongly in view of the fact that the last few days investigation on RB have completed investigations that require RB's presence in custody.Secondly, from yesterday the Police has done nothing much with him except to do the dna.Thirdly, I am concerned with the Police carelessness yesterday in allowing the 3 other suspects to be freely mixing and therefore tainting their subsequent stmnts as they could be 'group coached'.But it also show Police no longer need to isolate the suspects.Even RB was handcuffed to the C/I. Salam . Shafee



N2S Date: 11/11/2006 11:46:48

--> I Can see u today at my Taman duta hse at 6 pm.



S2N Date: 11/11/2006 11:59:08

--> OK Dato Seri.Insyaallah I will be there.



Sunday 12/11/2006

S2N Date: 12/11/2006 13:53:41

--> 2 days extention to Tuesday.They must release him by then maybe conditionally.Police asked for full 14days.He has message.




S2N Date: 12/11/2006 14:06:23

--> Will give Dato Seri in a while



S2N Date: 12/11/2006 15:10:17

--> 0320949418



Monday 13/11/2006

S2N Date: 13/11/2006 15:53:36

--> Am in his office now.Another search. AG will be unwilling to charge and lose a case yet again.It is agood idea to suggest to AG to hood on and let investigtion proceed with Razak Released on Bond.



N2S Tel: 60122143177 Date: 13/11/2006 16:23:29

--> How was the search ?



S2N Date: 13/11/2006 16:25:56

--> We provided them everything,including old pda and note books and a couple of bills.Nothing incriminating.



Wednesday 15/11/2006

S2N Date: 15/11/2006 13:21:32

--> Things going as expected.2 male officer charged for murder in common intention.Razak's name not in. Lady officer released but rearrested under Emergency Ordinance to be used as Crown witness(exactly as predicted). I am expecting RB to be released on Bond.4 of my lawyers are watching brief the proceedings in the murder case.Rb matter prob t'row. Pl call. Shafee Ps coming back now from Taipei.



N2S Date: 15/11/2006 23:31:09

--> So hopefully he will be released tmrw?



S2N Date: 15/11/2006 23:34:38

--> Dato Seri, I am driving up from S'pore ,no more flight to KL tonight.Hope for th best.Any indication? Shafee



N2S Date: 15/11/2006 23:36:52

--> Not heard anything untoward yet.



Thursday 16/11/2006

S2N Date: 16/11/2006 10:52:43

--> Anything Dato Seri? I am already in Court.



N2S Date: 16/11/2006 10:53:50

--> Pls do not say anything to the press today. i will explain later. RB will have to face a tentative charge but all is not lost.



S2N Date: 16/11/2006 10:54:30

--> OK, TQ



Friday 17/11/2006

S2N Date: 17/11/2006 10:50:30

--> Dato Seri, Its important you speak toYusoff Zainal Abidin as he knows the law a lot better in the Chambers.I am confident he is concerned with the negligible evidence agst Razak.The Raja Mahani and Tengku Ariston cases ought to be the guiding critera for AG.They cannot afford another scandallous loss by the Prosecution as in Norita, Ariston,Dato Balwant etc.



N2S Date: 17/11/2006 11:39:46

--> OK will try. Meanwhile try to console the wife. She is hysterical.



S2N Date: 17/11/2006 11:41:29

--> I know Dato Seri.I will do everything I can.Salam, Shafee



S2N Date: 17/11/2006 12:57:49

--> Dato Seri, Razak has not been sent to Hospital.He is clearly not well.He is refusing to take Prison's medicine for fear of sabourtage.The chief Physician of GHKL Dato Dr Jaya Sinnadurai is shocked that they have not brought Razak back to GHKL.I have spoken to Haji Darussalam,Sg Buloh's Prison Director.Can You sound this to Dato Radzi Shek Ahmad?Need to see you of s'thing that I think had happened that led to her death.Utterly shocking if I am right. Shafee



S2N Date: 17/11/2006 15:45:34

--> Dato Seri, I am at Sg Buloh Prison.I have organised Razak to be in HUKL,He is on his way there now. The Pengarah Hj Darussallam and deputy Supt Gunasegaran very helpful. Shafee




N2S Date: 17/11/2006 21:27:02

--> My regards to him. He Is always in my thought.



S2N Date: 17/11/2006 21:34:44

--> Will tell him



Sunday 19/11/2006

S2N Date: 19/11/2006 16:25:08

--> Dato Seri, I need Dsp Musa ,your ADc to call me to clarify a point.He is not answering Shafee



Monday 20/11/2006

S2N Date: 20/11/2006 13:02:33

--> Any developement Dato Seri? Shafee



N2S Date: 20/11/2006 14:30:20

--> Not yet.



S2N Date: 20/11/2006 14:30:38

--> Thank you



S2N Date: 20/11/2006 21:05:17

--> Dato Seri.Razak is being transfered to Sg. Buloh t'row.Can Dr. Jaya do anything?



N2S Date: 20/11/2006 23:04:50

--> When is he being transffered?



S2N Date: 20/11/2006 23:05:48

--> T'row



N2S Date: 20/11/2006 23:07:01

--> What time?



S2N Date: 20/11/2006 23:08:01

--> Probably late morning



Thursday 23/11/2006

N2S Tel: 60122143177 Date: 23/11/2006 13:46:51

--> Your message read" Najib released on personal bond!".



S2N Date: 23/11/2006 13:50:00

--> Razak released on Bail of 1 million. On personal bond undertaking. Shafee?I am terribly sorry for that mistake.Whole night tak tidur preparing. My profuse apologies Sir. salam. shafee



N2S Date: 23/11/2006 14:00:25

--> ALhamdullillah , at least he is on bail.Big relief for him n family.



S2N Date: 23/11/2006 14:02:02

--> Dato, I need to brief you urgently b4 you speak to him.Shafee



N2S Date: 23/11/2006 14:12:32

--> OK but not intending to speak to him as yet.



Saturday 2/12/2006

S2N Date: 2/12/2006 18:59:15

--> Dato Seri, Got some info that are troubling.Quite serious.Are you in Taman Duta?Can we meet? Salam, Shafee

Altantuya: SMS Datuk Najib & Datuk Shafee

Dakwaan baru terhadap kaitan Datuk Najib dengan Razak Baginda, suspek pembunuhan Altantuya. Kesahannya belum dibuktikan. Namun penggunaan bahasa agak meyakinkan.

notes: The text messages were transmitted between Najib's personal mobile phone (+6012 2143177) and Shafee's mobile phone (+6012 3257052)



SpN = Shafee pada Najib
NpS = Najib pada Shafee
RB = Razak Baginda


Kita ikuti terjemahanya.....


RABU 8/11/2006

SpN : 8/11/2006 02:59:31
--> Dato Seri, Pekara Razak Baginda ni menghantui saya. Boleh saya bantu ? Salam, Shafee

NpS : 8/11/2006 03:45:05
--> Kita bincang lewat malam ini.


SpN : 8/11/2006 03:45:31
--> Terima kasih

SpN : 8/11/2006 06:28:56
--> Jumpa pengawai penyiasat hari ini. Kedaan agak Razak Baginda (RB) agar serious. Ke tiga-tiga mereka terlibat. Kes RB ini boleh kita lawan. Ada banyak pekara yang boleh membantu dia. Tapi, Datuk Seri, kita wajib berjumpa kerana banyak perkara yang masih di awang-awang. Tetapi tidak perlu risau. Salam > Shafee

NpS : 8/11/2006 21:06:11
--> Saya telah bercakap degan Ketua Polis Negara. Kamu boleh mewakili dia dan jumpa RB di mahmakah.


KHAMIS 9/11/2006

NpS : 9/11/2006 12:45:30
--> Kalau Rb kena reman hingga hari Ahad, apakah ini bermakna dia akan didakwa pada hari Jumaat atau di bebaskan? Saya harap dia ada harapan yang baik.

SpN : 9/11/2006 13:11:23
--> 3 pekara akan berlaku. Pertama, pendakwa akan meminta tambah masa reman. Kita akan lawan. Kedua, mereka akan bebaskan dia hari Jumaat atau tiga dia akan dituduh pada Jumaat ini. Polis telah membawa dia ke pejabatnya untuk mendapatkan dokumen. Tidak ada apa yang mencurigakan ditemui. Sekarang polis sedang merakam kenyataan dia.Kemudian memeriksa rumahnya. Hingga sekarang semua terkawal, Dato Seri. Salam, shafee

SpN : 9/11/2006 14:09:03
--> Dato Seri, Rujuk: RB – perlu kita berjumpa hari ini. shafee

NpS : 9/11/2006 14:17:47
--> 630 petang di rumah saya di PJ petang ini.

SpN : 9/11/2006 14:18:21
--> Terima kasih

JUMAAT 10/11/2006

NpS : 10/11/2006 15:14:31
--> Ada apa-apa berita tentang RB ?

SpN: 10/11/2006 15:19:40

--> Dato Seri, sedang mengurus untuk pembebasan berjamin. Kalau tidak polis memerlukan 2 atau 3 hari lagi tambahan. Saya rasa ini dilakukan untuk orang ramai agar pihak polis tidak dilihat berat sebelah terhadap VIP yang selalu diberi layanan istimewa. Jadi VIP dalam keadaan ini menjadi satu beban.Kalau tidak kita dilandasan seperti yang kita rancang. Salam, Shafee

NpS : 10/11/2006 15:27:01
--> Terima kasih, dia merasa tertekan mengikut cerita isterinya dan bantuan terbaik ialah jika dia dapat dibebas dengan jaminan secepat Ahad ini.

NpS : 10/11/2006 21:35:52
--> Melihat berita di tv. RB dihantar untuk DNA. Tidak pasti apakah ini perlu.

SpN Date: 10/11/2006 21:40:19
--> Tidak perlu. Tapi saya fikir kerana radang paru-paru. Dia baru sahaja di hantar ke HUKM. Kita akan tahu lebih jelas dari orang dalam kita disana.

SABTU 11/11/2006

SpN: 11/11/2006 03:17:56
--> Dato Seri, Saya telah berada di ccu tingkat 4 hkl. RB telah dimasukkan kerana radang paru-paru, sedikit selsema dan sesak bernafas. Inilah yang menyebabkan dia sakit dada dan batuk berbulan-bulnn yang tak tahu dari mana puncanya. Dia dibawah jagaan seorang physician Dato Dr Jeyaindran Sinnadurai (ketua Jabatan Perubatan) Adalah baik dia berehat disana dan tidak rumah pasong. Dna telah dilakukan untuk melupuskan bahawa dia berada di tempat jenayah dilakukan (pembakaan tidak bersangkaut paut) Perlu berjumpa Dato Seri ada beberapa hal yang timbul. Salam. Shafee

NpS : 11/11/2006 08:54:17
--> Ada peluang dia bebas pada hari Ahad?

SpN : 11/11/2006 08:58:14
--> Polis sepatutnya telah membebaskan dia di tarikh itu kecuali pada hemah saya polis telah diganggu oleh media dan tekanan orang ramai.Ada beberapa fakta yang perlu disampaikan secara pribadi kepada Dato Seri. Dalam hal-hal siasatan, kita masih diatas landasan untuk pembebasan dia.

SpN : 11/11/2006 09:26:52
--> Telah jelas Polis akan meminta sambungan reman esok. Saya akan menentang sekerasnya kerana semua siasatan telah selesai dan siasatan yang memerlukan RB berada dalam tahanan telah juga selesai. Kedua, semenjak kelmarin polis tidak melakukan apa-apa keculi dna. Ketiga, saya merasa kecewa kerana kecuaian polis yang membenarkan 3 tertuduh bercampur bebas justeru merosakan kenyataan yang akan dibuat nanti kemudian kerana mungkin mereka telah ‘dididik bercakap secara berkumpul’. Tetapi ini juga bukti bahawa polis tidak perlu mengurung yang dituduh. Walau pun RB telah digari ke Bilik Siasatan. Salam. Shafee

NpS : 11/11/2006 11:46:48
--> Boleh saya jumpa awak hari ini di rumah Taman Duta saya jam 6 petang.

SpN : 11/11/2006 11:59:08
--> OK Dato Seri.Insyaallah saya akan ke sana.

AHAD 12/11/2006

SPN : 12/11/2006 13:53:41
--> 2 hari penyambungan hingga ke Selasa. Mereka seharusnya telah membebaskan dia di tarikh itu mungkin dengan bersyarat. Polis meminta 14 hari perbicaraan. Dia ada maklumat.

SPN : 12/11/2006 14:06:23
--> Akan sampaikan pada Dato Seri tidak lama lagi.

SpN : 12/11/2006 15:10:17
--> 0320949418

ISNIN 13/11/2006

SpN : 13/11/2006 15:53:36
--> Saya di pejabat sekarang. Sekali lagi pengeledahan. Peguam Negara tidak mahu mendakwa dan kalah satu lagi kes. Adalah satu lagi pandangan yang baik untuk di cadangkan agar teruskan siasatan dan Razak di bebas dengan jaminan Bond.

NpS Tel: 60122143177 Date: 13/11/2006 16:23:29
--> Macam mana dengan pengeledahan itu ?

S2N : 13/11/2006 16:25:56
--> Kami beri mereka macam-macam barang termasuk kertas lama dan buku nota lama dan beberapa kertas bil. Tidak ada apa-apa yang bolih menjadi bahan bukti.

RABU 15/11/2006

SpN 15/11/2006 13:21:32
--> Semuanya seperti yang dijangka. 2 pegawai lelaki dituduh membunuh dengan niat yang sama.Nama Razak tidak disebut. Pegawai wanita dibebas tetapi ditangkap kembali di bawah Undang-Undang Darurat untuk digunakan sebagai saksi pendakwa (tepat seperti yang telah saya nujumkan). Saya berharap RB akan dibebaskan dengan jaminan Bond. Empat orang peguam saya sedang menjadi pemerhati dalm kes bunuh ini.Pekara Rb mungkin timbul esok. Tolong talipon. Shafee. Ps telah pulang dari Taipei

NpS : 15/11/2006 23:31:09
--> Jadi, harap-harapkan dia dibebaskan esok?

SpN : 15/11/2006 23:34:38
--> Dato Seri, saya memandu dari Singapura, tidak ada lagi kapal terbang ke KL malam ini. Harapkan semuanya baik. Ada apa-apa tanda? Shafee

NpS : 15/11/2006 23:36:52
--> Tidak ada dengar apa tentang hal itu hingga kini.

KHAMIS 16/11/2006

SpN : 16/11/2006 10:52:43
--> Ada apa-apa Dato Seri? Saya telah berada di Mahkamah..

NpS: 16/11/2006 10:53:50
--> Minta tolong jangan bercakap dengan media. Saya akan terangkan kemudian. RB akan didakwa atas satu tuduhan yang lain tetapi bukan semuanya gagal.

SpN : 16/11/2006 10:54:30
--> OK, Terima Kaseh

JUMAAT 17/11/2006

SpN : 17/11/2006 10:50:30
--> Dato Seri, adalah amat mustahak untuk bercakap dengan Yusoff Zainal Abidin kerana dia lebih arif dalam perundangan dalam Chambers. Saya cukup yakin dia juga merasa terganggu kerana tidak ada bukti terhadap Razak. Kes Raja Mahani dan Tengku Ariston seharusnya dijadikan panduan untuk Peguam Negara. Mereka tidak perlu menerima satu tamparan lagi setelah kalah yang memalukan dalam kess Pendakwaan Norita, Ariston, Dato Balwant dan yang lain-lain.

NpS : 17/11/2006 11:39:46
--> OK saya akan cuba. Dalam masa yang sama tolong redakan isterinya. Perempuan itu macam dirasuk.

SpN : 17/11/2006 11:41:29
--> Saya sedar Dato Seri. Saya akan lakukan apa sahaja. Salam, Shafee

SpN : 17/11/2006 12:57:49
--> Dato Seri, Razak belum dihantar ke Hospital. Dia masih kurang sihat. Dia enggan mengambil ubatan penjara kerana takut dikhianati.Pengarah Physician GHKL Dato Dr Jaya Sinnadurai terperanjat kerana mereka tidak membawa Razak sekali lagi ke GHKL. Saya telah bercakap dengan Haji Darussalam, Pengarah Penjara . Boleh atau tidak bisikkan pekara ini kepada Dato Radzi Shek Ahmad? Perlu kita berjumpa kerana ada sesuatu yang saya fikirkan telah terjadi sehingga menyebabkan perempuan itu mati. Cukup memeranjatkan jika saya betul. Shafee

SpN : 17/11/2006 15:45:34
--> Dato Seri, saya berada di penjara Sg Buloh. Saya telah mengatur agar Razak di bawa ke HUKL. Dia dalam perjalanan sekarang. Pengarah Hj Darussallam dan timbalan nya Supt Gunasegaran memberi bantuan. Shafee

NpS : 17/11/2006 21:27:02
--> Salam saya untuk dia. Dia sentiasa dalam ingatan saya.

SpN Date: 17/11/2006 21:34:44
--> Akan beritahu pada dia

AHAD 19/11/2006

SpN : 19/11/2006 16:25:08
--> Dato Seri, saya perlukan Dsp Musa , ADC ini perlu menerangkan beberapa pekara. Dia enggan menjawab. Shafee

ISNIN 20/11/2006

SpN : 20/11/2006 13:02:33
--> Ada apa-apa perkembangan Dato Seri? Shafee

NpS : 20/11/2006 14:30:20
--> Belum lagi

SpN : 20/11/2006 14:30:38
--> Terima kaseh

SpN : 20/11/2006 21:05:17
--> Dato Seri, Razak akan dipindahkan ke Sg. Buloh esok. Bolehkah Dr. Jaya melakukan sesuatu?

NpS : 20/11/2006 23:04:50
--> Bila dia akan dipindahkan?

SpN : 20/11/2006 23:05:48
--> Esok

NpSe: 20/11/2006 23:07:01
--> Jam berapa?

SpN : 20/11/2006 23:08:01
--> Kemungkinan lewat pagi

KHAMIS 23/11/2006

NpS Tel: 60122143177 : 23/11/2006 13:46:51
--> Pesanan kamu dibaca " Najib bebas dengan jaminan diri!”.

SpN : 23/11/2006 13:50:00
--> Razak dibebaskan dengan jaminan 1 juta. Diatas bond pribadi. Shafee? Saya minta maaf banyak-banyak kerana kesilapan itu. Sepanjang malam tak tidur menyediakan kes. Minta ampun dan maaf Sir. salam. shafee

NpS : 23/11/2006 14:00:25
--> ALhamdullillah , setidak-tidaknya dia mendapat jamin. Satu kelegaan yang maha besar untuk dia dan keluarganya.

SpN : 23/11/2006 14:02:02
--> Dato, Saya perlu memberi penerangan sebelum bercakap dengan dia.Shafee

NpS Date: 23/11/2006 14:12:32
--> OK tetapi belum ada niat hendak bercakap dengan dia buat masa ini.

SABTU 2/12/2006

SpN : 2/12/2006 18:59:15
--> Dato Seri, telah mendapat maklumat yang agak menakutkan. Dijangkan serious. Akan berada di Taman Duta? Boleh kita berjumpa? Salam, Shafee"

Peperiksaan oh Peperiksaan

Hari ini anak sulong saya akan menduduki peperiksaan.

Bukan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang sedang berlangsung, kerana PMR telah masuk hari ketiga.

Tapi peperiksaan akhir tahun. Anak saya bersekolah di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

Hari ni Along akan melalui peperiksaan matapelajaran sains dan jawi.

Peperiksaan pertengahan tahun hari tu dia dapat nombor 2 daripada keseluruhan pelajar dalam kelas 6 tahun kat Pasti tersebut.

Saya menyemak semua skrip jawapan peperiksaan yang lepas.

Walaupun hanya dapat nombor 2, tapi saya kategorikan pencapaian Along sebagai mumtaz, atau orang putih panggil excellent.

Hanya beberapa matapelajaran sahaja dia salah antara 1 hingga 3 soalan, selebihnya dia dapat markah 100 peratus.

Mungkin pelajar yang seorang lagi tu lebih bijak, sebab tu dia dapat nombor 1.

Yang Along salah pun, hanya disebabkan simple careless, atau dalam bahasa kami orang panggil tebolah.

Malam tadi saya suruh Along belajar betul-betul subjek sains dan jawi.

Saya cakap, "malam ni Along tak boleh main, buat ulangkaji betul-betul. Esok Along mesti jawab biar betul semua".

Lalu Along pun belajarlah sorang-sorang kat meja. Dia semak semua latihan-latihan yang dia buat kat sekolah sebelum ini.

Setelah habis belajar sendiri, dia datang kat saya. Lalu saya beri beberapa nasihat untuk dia jawab peperiksaan esok (hari ini).

Setiap kali saya cakap, Along dengar dan cakap "faham".

Lepas habis nasihat, saya suruh dia pergi tidur.

Tapi dia cakap, "semua yang Abi cakap tadi Along faham, cuma satu yang Along tak faham".

Saya tanya, apa?

Along cakap, "yang Along tak faham, kenapa Along tak boleh main walaupun sikit malam ni"?

Kalau ikut jadual biasa anak saya akan solat maghrib, baca al-Quran, solat Isyak, belajar dan main.

Tapi malam tadi saya dah cakap dia tak boleh main, sebab esok periksa.

Soalan Along tadi mengejutkan saya.

Mansya-Allah, adakah aku terkhilaf tindakan?

Adakah aku sudah menjadi seperti ibu bapa lain yang begitu mementingkan keputusan peperiksaan anak-anak, sehingga menjadikan anak-anak sebagai mesin menjawab soalan?

Apatah lagi Along hanya baru sekolah Pasti.

Adakah aku sudah terpedaya dengan sistem pendidikan berasaskan peperiksaan yang sedang mendemami sistem pendidikan kebangsaan mutakhir ini?

Menyedari keterlanjuran tersebut, lalu saya katakan, takpalah.. Along boleh main sikit malam ni.

Lalu Along ambil mainan dia, dan bermain dengan adik-adiknya yang dua orang lagi tu.

Tahun depan Along akan masuk darjah 1 di sekolah agama rakyat, bukan sekolah kebangsaan kementerian pelajaran.

Sebelum tidur saya bermomok, aku seorang pemikir dan pengkaji pelaksanaan pendidikan kebangsaan... aku seorang penyelidik pendidikan.. aku pemegang ijazah master pendidikan... ph.d pendidikan aku pun sudah hampir siap..

Tak kan aku jugak terpengaruh dengan orientasi peperiksaan untuk anak-anak seperti orang lain?

Sedangkan aku sendiri tidak begitu bersetuju dengan sistem pentaksiran berasaskan peperiksaan sepenuhnya yang sedang berjalan mutakhir..

Monday, October 13, 2008

Datuk Shah Rukh Khan

Pelbagai pihak membantah anugerah pingat yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK).

Setelah persatuan Seniman dan beberapa artis baru dan veteran tanah air menyatakan tidak selesa dengan anugerah tersebut, penonton Buletin Utama TV3 turut menyatakan pendirian yang sama terhadap anugerah songsang tersebut.

Malam tadi TV3 mengadakan poll dengan pernyataan "anugerah Datuk kepada SRK membantu mempromosi nama negara". Lebih 90 peratus penonton yang mengundi menyatakan tidak bersetuju terhadap pernyataan tersebut.

Tidak diketahui apa yang tidak kena dengan Yang DiPertua Negeri Melaka ini sehingga sanggup memberi anugerah kepada seorang artis yang tidak ada kena mengena jasanya terhadap Malaysia serta tidak ada sebarang jasa untuk kesejahteraan kemanusiaan sejagat.

Anugerah ini hanya semakin menunjuk wajah jijik pemimpin tertinggi negara yang begitu mendewakan budaya hedonisme.

Ada yang mengatakan bekas menteri besar Pahang tersebut yang sehingga kini masih dikaitkan dengan rasuah balak di Pahang memang peminat fanatik hindustan. Sejauh mana kebenaran fakta ini tidak diketahui.

Ada juga yang mengatakan anugerah tersebut dianugerahkan kepada SRK untuk menarik perhatian dan membodek Datin Rosmah Mansor, bakal first lady Malaysia yang begitu mendambakan artis lelaki Bollywood.

Semua orang tahu bahawa hobi Datin Rosmah adalah berpelukan dan bercium pipi apabila bersua dengan mana-mana artis lelaki hindustan yang kacak ala-ala bangla tersebut.

Saya juga tidak pasti sejauh mana kebenaran tuduhan tersebut. Bagi saya tuduhan tersebut agak kurang tepat.

Kalau betul Rosmah memang tergilakan lelaki ala hindustan, mustahil dia meninggalkan pembaca berita utama yang berwajah bollywood tersebut dan beralih kepada Datuk Najib yang lebih berwajah mat saleh?

Sehingga sekarang saya tidak tahu kenapa tindakan dangkal menganugerah gelaran Datuk kepada SRK tersebut dilakukan.

Harap kawan-kawan bantu saya merungkai misteri ini.

Saturday, October 11, 2008

Perceraian Agung

1. Mutakhir ini, majoriti akhbar memberi fokus utama mereka terhadap pergolakan politik tanah air. Seperti biasa, akhbar mainstream menjadikan mesyuarat bahagian-bahagian umno dan pemilihan kepemimpinan parti tersebut menjelang Mac ini sebagai paparan utama mereka. Seolah-olah akhbar-akhbar tersebut adalah suara rasmi umno.

2. Walau apa pun pelan peralihan serta perancangan yang diputuskan oleh umno menjelang pemilihan kepemimpinan mereka, saya kuat untuk mengatakan jangka hayat umno semakin menuju noktah akhir. Umno sekarang umpama nukleus radioaktif yang mengalami penyusutan jisim dan kereaktifan berasaskan konsep separa hayat (half life), yang akhirnya akan habis walau apa usaha sekalipun dilakukan untuk menyelamatkan.

3. Pergolakan mereka menjelang pemilihan ini membuktikan virus yang memamah sel-sel dalam tubuh umno sudah tidak terkawal. Ubat anti virus sudah tidak memberi sebarang kesan lagi. Sekarang mereka menggunakan sinar gama untuk membunuh sel-sel kanser tersebut. Oleh kerana sel kanser yang sedang memamah tubuh umno terlalu banyak dan kuat, maka banyak sinaran gama yang perlu digunakan. Akhirnya sel-sel badan umno yang lain turut mati akibat kemoterapi tersebut. Itulah sebabnya umno sedang nazak sekarang.

4. Semasa meneliti isu-isu politik yang menjadi paparan akhbar sehari dua ini, saya teruja melihat satu gambar dan berita yang dipaparkan oleh akhbar The Star pada hari Jumaat, 10 Oktober 2008 yang lepas. The Star pada hari tersebut memaparkan sebuah rumah kampung yang mempunyai ciri-ciri tradisi lama dan berlatar belakang kawasan bendang yang menarik. Sayangnya rumah yang begitu menarik serta berlatarbelakangkan pandangan yang memukau tersebut telah terputus dua. Satu bahagian beserta tangga utamanya masih elok manakala sebahagian lagi telah lesap.

5. Setelah diamati ceritanya, barulah diketahui bahawa rumah tersebut telah dibahagi dua oleh satu pasangan suami isteri yang baru bercerai. Kisah ini berlaku di Kemboja. Pasangan suami isteri yang berpisah ini juga warga kemboja. Oleh kerana saya pernah mengunjungi pedalaman Kemboja sebelum ini, serta mengetahui sedikit sebanyak latar belakang kehidupan mereka, kisah ini berjaya mencuit perhatian saya.

6. Secara spontan saya rumuskan, inilah perceraian yang agung. Sukar untuk saya menakrifkan falsafah ini. Namun saya yakin kawan-kawan yang menatap gambar yang dipaparkan oleh the Star tersebut akan bersetuju dengan label ini.

7. Falsafahnya mudah sahaja. Apabila tidak sehaluan, berpisah sahajalah. Namun perpisahan tersebut mestilah adil. Hanya ada dua konsep yang dibenarkan dalam sebarang perpisahan iaitu win win situation atau lose lose situation. Dalam kes Cambodian ini, saya tidak tahu konsep yang mana satu mereka aplikasikan.

8. Kejadian ini berlaku dan dipaparkan sejurus selesai perjanjian perpisahan antara Pak Lah Badawi dan timbalannya Datuk Najib Razak. Pak Lah dan Najib akan berpisah secara rasmi menjelang Mac ini. Katanya semua terma berkaitan perpisahan ini telah dipersetujui oleh kedua-dua pasangan ini.

9. Seusai Pak Lah mengumumkan terma perpisahan tersebut, ada pula suara aneh daripada
sanak sadara (kem) Pak Lah yang mengatakan Datuk Najib mengkhianati persetujuan awal yang dicapai berkaitan perpisahan tersebut. Oleh kerana ingin mengelak perbalahan yang lebih teruk antara sanak saudara kedua-dua belah pihak, pak Lah terpaksa akur dengan perpisahan tersebut walaupun mengikut kerabatnya, beliau dikhianati dalam perjanjian ini.

10. Kalau benar cerita ini, saya boleh simpulkan perceraian antara Pak Lah dan Najib bukan lagi win win atau lose lose perpisahan. Perpisahan mereka juga bukan perceraian agung sebagaimana pasangan Kemboja tersebut. Saya sendiri pun tidak tahu apa nama yang sesuai untuk perceraian mereka. Jika sebelum ini saya pernah menasihati Nora Danish (http://puteragunungtebu.blogspot.com/2008/07/hari-ini-banyak-perkara-yang-ingin-aku.html) semasa dia bercerai, kali ini saya tidak bercadang untuk memberi apa-apa nasihat kepada perceraian Pak Lah dan Najib.

11. Cuma saya harap suami isteri dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak bercerai dalam masa terdekat ini. Hari itu saya agak bimbang dengan kemungkinan ini. Namun mesyuarat Lujnah Politik Pas pada 6 Oktober 2008 lepas memberi harapan baru bahawa jodoh perkahwinan bermadu antara Pas, PKR dan DAP masih kuat.

Monday, October 6, 2008

Pas Terengganu

Artikel saya tentang Pas Terengganu mendapat reaksi berbeza daripada kawan-kawan. Ada yang menentang, ada yang bersetuju.

Saya tidak kisah, saya sangat terbuka dalam perkara ini. Perbincangan yang sihat dan matang perlu digalakkan untuk mengurai sebarang kekusutan, mencerah jalan kegelapan, merungkai permasalahan serta mencari kaedah terbaik mencapai kejayaan.

Pas adalah sebuah parti berasaskan politik dan dakwah. Pas adalah sebuah pergerakkan massa. Pas bukan sebuah jemaah yang mengamalkan ajaran ritual yang tertutup dan statik. Dalam istilah yang lebih tepat, Pas adalah gerakan haraki.

Dasar Pas adalah tetap iaitu Islam. Namun strategi, kaedah, pendekatan dan tatacara boleh dipelbagaikan secara fleksibel sesuai mengikut keadaan atau waqi' semasa.

Saya tidak pernah mengatakan pemimpin Pas Terengganu terkeluar daripada dasar Pas yang asal iaitu Islam.

Yang saya tegaskan, pemimpin Pas Terengganu cetek dalam strategi menguasai massa. Mereka hanya syok dengan pegangan sendiri tanpa memikir dan menilai penerimaan rakyat secara keseluruhan.

Saya tidak percaya Pas Terengganu ditolak oleh rakyat kerana pegangan mereka yang kuat terhadap dasar Islam. Mustahil rakyat Terengganu yang majoritinya Melayu dan Islam menolak Pas kerana dasarnya Islam.

Sedangkan di negeri lain Pas sudah mula diterima oleh orang bukan Islam walaupun mereka tahu bahawa dasar Pas adalah Islam.

Pas Terengganu ditolak oleh rakyat Terengganu kerana kejahilan, kecetekan dan ketumpulan mereka mengatur strategi untuk menarik sokongan rakyat kepada perjuangan Pas.

Berulang kali saya ulangi bahawa politik adalah persepsi. Sesebuah parti politik akan disokong oleh rakyat dan menang pilihanraya apabila persepsi rakyat terhadap parti politik tersebut baik.

Dalam konteks Terengganu, persepsi majoriti rakyat Terengganu terhadap Pas belum baik. Pas masih hodoh pada penilaian mereka. Sebab itu mereka menolak Pas, khususnya dalam pilihanraya umum 12 yang lepas.

Jika dianalogi kepada perniagaan, majoriti pemimpin tertinggi Pas Terengganu sangat jahil ilmu pemasaran.

Barang yang nak dijual oleh Pas sangat bermutu dan bernilai. Tidak ada sesiapa yang berani nafikan hakikat ini, kerana Pas memasarkan Islam untuk dijadikan keperluan dalam kehidupan manusia.

Masalahnya pemimpin Pas Terengganu cetek ilmu pemasaran. Mereka berjual barang dengan bengis, bahasa kasar, hina pelanggan, tak dengar aduan pelanggan, pakai baju busuk, lokasi jualan tidak strategik, buka kedai tengah malam manakala siang tutup, tidak mahir memujuk dan lain-lain lagi.

Apabila barang jualan tidak laku mereka akan kata, "kami rela tak laku asalkan barang kami adalah yang terbaik".

Akhirnya kata-kata ini diratib oleh pengikut dengan sedikit olahan, "kami rela kalah kerana mempertahankan dasar Islam".

Hakikat inilah yang paling sukar saya terima. Bagi saya kita tidak kalah kerana mempertahankan dasar Islam. Kita kalah kerana kedunguan kita membawa nilai Islam kepada masyarakat. Kekalahan kita kerana kita gagal mempamer isi Islam yang sebenar kepada masyarakat.

Pemimpin Pas Terengganu lebih suka mempamerkan slogan berbanding isi sebenar Islam.

Banyak bukti boleh dikupas terhadap dakwaan ini. Namun saya tidak kesempatan. Saya akan detailkan selepas ini.

Saya hanya nak sentuh sikit situasi selepas PRU 12 yang lepas.

Selain Terengganu, Pas dan Pakatan Rakyat (PR) secara umumnya diterima baik oleh rakyat dalam PRU 12 yang lepas.

Secara umum, rakyat Malaysia (kecuali Terengganu) mengundi Pas dan parti-parti lain dalam PR secara blok, iaitu memberi kepercayaan kepada pembangkang.

Pas sendiri menyertai PRU 12 yang lepas dengan manifesto Ke Arah Negara Berkebajikan dan berslogan Pas For All (Pas untuk semua).

Dalam PRU yang lepas Pas tidak menyebut Islam dan Negara Islam dalam manifesto mereka. Pas hanya menyebut negara berkebajikan. Sedangkan isi yang terkandung dalam 'negara berkebajikan' tersebut semuanya adalah nilai-nilai dan ciri-ciri Islam.

Kita hanya mengubah sedikit tajuk buku, sedangkan isinya sama.

Kita hanya mengubah sedikit melodi, sedangkan skripnya sama.

Kita hanya mengubah sedikit label pada kotak, sedangkan isinya sama.

Kita hanya ubah sedikit persembahan, sedangkan motifnya sama.

Ditambah dengan sedikit perisa Pas For All, akhirnya Pas diterima sedikit sebanyak oleh rakyat (kecuali di Terengganu) walaupun penerimaan ini secara blok.

Ini membuktikan pendekatan ini ada kejayaan.

Selepas PRU 12, dan timbul ura-ura PR akan membentuk kerajaan baru persekutuan menggantikan BN, beberapa pemimpin Pas Terengganu dengan lantang bersuara;

1. "Matlamat kita adalah membentuk negara Islam. Kita tidak akan menyertai Pakatan Rakyat jika Islam tidak menjadi tunjang pemerintahan".

2. "Dasar kita adalah Islam. Kita tidak akan menyertai kerajaan PR jika dasar Islam tidak boleh dijadikan asas bernegara".

Ini hanya dua contoh, banyak lagi sebenarnya.

Sebahagian kata-kata ini dikeluarkan oleh Pemimpin Pas Terengganu, seolah-olah merekalah juara kepemimpinan Pas Malaysia.

Terlupakah mereka kepada manifesto Pas dalam PRU lepas "ke arah negara berkebajikan".

Semua orang faham bahawa kandungan dalam manifesto tersebut adalah dipenuhi ciri dan nilai pemerintahan Islam, pemerintahan Rasulullah, pemerintahan Umar Abdul Aziz dan lain-lain.

Tapi pada waktu itu Pas mengambil sikap untuk mengubah sedikit tulisan label pada kotak.

Rakyat yang kurang kefahaman, termasuk non muslim boleh menerima pendekatan tersebut.

Ulama-ulama Pas sendiri mengatakan pendekatan ini adalah syarie, tidak menyalahkan syarak dan dasar perjuangan.

Kenapa sebahagian pemimpin Pas Terengganu berpaling arah, melaungkan slogan lain yang tidak menepati persetujuan yang telah dicapai oleh jemaah sebelum ini?

Kenapa mereka memilih untuk melaungkan slogan, sebaliknya tidak berusaha untuk membolehkan wujud kerajaan supaya nilai-nilai yang disebut dalam manifesto tersebut boleh dilaksanakan?

Inilah yang paling saya bimbang, pemimpin Pas Terengganu tidak hanya mencerminkan wajah hodoh Pas pada pandangan rakyat Terengganu, sebaliknya akan turut mempamer wajah hodoh Pas pada pandangan Rakyat Malaysia jika dibiarkan.

Sunday, October 5, 2008

Sedekah Seks

Arakian, kisah Zul Hassan botak licin sudah menjadi sebahagian juadah raya yang dikunyah oleh pemerhati politik Malaysia, khususnya dalam blok pembangkang.

Secara berlapik, Zul Hassan mengaku melakukan hubungan seks dengan pelacur Cina yang disedekahkan (dihidangkan) kepada dia.

Zul Hassan, yang merupakan ahli majlis sebuah kerajaan tempatan (PBT) di Perak akhirnya dipecat oleh kerajaan Perak akibat keikhlasan dia menerima sedekah tersebut, walaupun beliau menafikan sogokan seks itu ada kaitan dengan rasuah.

Secara peribadi aku bersetuju 300% dengan pemecatan tersebut. Kerana orang seperti ini tidak perlu berada pada saf kepemimpinan perjuangan rakyat.

Aku juga bersetuju 350% apabila kawan-kawan menjadikan sibotak ini sasaran hentaman, kerana dia wajar menerima upah atas pekerjaan yang dia lakukan.

Balunlah secukup-cukupnya, aku tak kisah.

Tidak pula aku tahu sama ada sibotak ini sudah berkahwin atau belum. Tengok pada usianya, seharusnya bukan setakat dah kahwin tapi seharusnya dah beranak pinak dan bercucu.

Apapun, kalau belum kahwin, hukuman bagi penzina adalah rotan 100 kali sebatan. Ini hukum muktamad daripada Allah untuk orang Islam. Enakmen ini termaktub dalam surah an-Nur.

Kalau dah kahwin, hukumannya rejam sampai mati.

Begitulah gambaran betapa besar dan beratnya dosa zina.

Dengan kata lain, hukuman dilucutkan jawatan ahli majlis PBT adalah terlalu kecil berbanding dosa yang telah dilakukan.

Bertaubatlah, mudah-mudahan Allah ampunkan. Sesungguhnya neraka Allah sangat perit siksanya.

Namun apabila kawan-kawan cuba mengaitkan perangai Zul Hassan botak ini dengan perangai pemimpin dan ahli PKR yang lain, saya kurang setuju.

Tak betul untuk kita bundlekan perangai orang PKR seperti itu hanya kerana seekor kerbau membawa lumpur.

Semua orang tahu bahawa pemimpin dan ahli PKR adalah bekasan Umno.

Namun untuk mengatakan perangai orang PKR sama dengan orang Umno adalah salah.

Kalau betul perangai orang PKR sama dengan orang Umno, mereka tidak akan keluar Umno. Kalau mereka suka dengan najis, pasti mereka akan kekal dalam tangki septik tersebut.

Mereka keluar Umno dan menyertai perjuangan rakyat kerana mereka berbeza dengan Umno. Perbezaan yang sangat besar.

Namun untuk mengharapkan orang PKR akan jadi sealim, sewarak dan selebai orang pas adalah tidak mungkin.

Pas adalah parti politik berasaskan dakwah, PKR parti politik berasaskan popular.

Dalam sains politik ada disebut dua pendekatan oleh parti politik iaitu politik kader dan politik popular.

Parti politik yang mengambil pendekatan kader akan melatih dan mentarbiah ahli dan pengikut mereka supaya mempunyai nilai-nilai unggul.

Apabila mereka menyertai pilihanraya, rakyat menyokong mereka apabila yakin dengan akhlak, moral dan kemampuan yang ditunjukkan oleh ahli dan pemimpin parti tersebut.

Bagi parti politik yang mengambil pendekatan popular, mereka tidak mempunyai sistem latihan dan tarbiah seumpama parti kader. Mereka juga tidak mempunyai struktur organisasi yang mantap sehingga peringkat bawahan seperti yang dilakukan oleh parti kader.

Mereka hanya bergerak dengan isu. Pimpinan mereka akan mendepani isu untuk meraih sokongan dan undi rakyat.

Dalam konteks Pas dan PKR, saya simpulkan bahawa Pas berada pada pertengahan antara kader dan popular manakala PKR adalah parti popular sepenuhnya.

Saya kurang berautoriti untuk menarafkan mana-mana parti yang mencapai tahap kader sepenuhnya. Namun saya boleh katakan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia sedang cuba menuju ke arah itu.

Mungkin Hamas, Ikhwanul Muslim Mesir, Hisbullah mempunyai ciri ini. Namun seperti yang saya katakan, saya tidak cukup autoriti untuk membuat penarafan ini.

Oleh kerana latar belakang antara Pas dan PKR berbeza, maka begitulah juga pemimpin, ahli dan penyokong kedua-dua parti ini.

Sebab itulah orang Pas tidak boleh mengharap orang PKR jadi seperti mereka.

Usahkan hendak bertamrin, bermukayyam dan lain-lain, maksud perkataan usrah pun sebahagian besar mereka tidak tahu.

Dalam menjalin kerjasama dengan PKR dalam PR, orang Pas perlu realistik perkara ini.

Usahlah terlalu mengharap kucing berak keluar emas.

Atas bahu orang Pas tergalas beban dakwah yang berat untuk bimbing dan tarbiah mereka ke arah akhlak dan moral yang baik, selari dengan nilai Islam.

Usahkah dengan PKR yang sudah diistiharkan sebagai kawan, dengan musuh pun kita kena berdakwah.

Rumusannya, balunlah si Zul Hassan botak secukupnya, tapi jangan bundlekan perangai tersebut untuk semua orang PKR.

Saturday, October 4, 2008

TG Nik Aziz Berkaraoke & Berdangdut?

Sekian lama saya tidak mencoretkan bicara pada laman yang tidak sebeberapa ini.

Bukan tidak kelapangan, tetapi ada sebab lain yang menghantui percaturan.

InsyaAllah selepas ini saya akan melazimi semula rutin yang tertangguh itu.

Selamat hari Raya

Hari ini masuk hari kelima umat Islam di Malaysia menyambut hari lebaran.

Saya ucapkan selamat hari raya kepada semua. Andai tersalah bicara, maafkanlah saja hamba. Kemaafan adalah dendam terindah.

Pertukaran Kerajaan BN kepada PR

Kawan-kawan sering mengajukan soalan tentang peralihan kuasa kerajaan persekutuan daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat.

Secara konsisten, saya ulangi lagi bahawa peralihan tersebut akan berlaku.

Hindraf

Hari ini banyak pihak mendesak tindakan tegas dikenakan kepada Hindraf kerana menceroboh rumah terbuka Perdana Menteri.

Bagi saya senang saja, kekerasan jangan dibalas dengan kekerasan. Kerana sejarah telah membuktikan kekerasan tidak pernah menang menentang kekerasan.

Pun bagi saya, apalah salahnya Hindraf mengunjungi rumah terbuka PM.

Sambil makan juadah yang dihidangkan, diaorang hanya bagi memorandum supaya bebaskan tahanan ISA dan hapuskan ISA.

Perjuangan supaya bebaskan tahanan ISA dan hapuskan ISA bukan perjuangan Hindraf berseorangan. Itu sudah jadi aspirasi majoriti rakyat Malaysia.

Bagi saya Hindraf bukan musuh Melayu dan Islam. Sebaliknya Hindraf memusuhi PM dan seluruh anggota kerajaan BN.

Bagi saya, persetankan saja. Buat apa bersusah payah mempertahankan mereka daripada serangan Hindraf.

Pas Terengganu

Mutakhir, Pas ada sedikit masalah dalaman.

Saya mempunyai bukti yang empirikal untuk mengesahkan perkara ini.

Namun atas dasar berjemaah, biarlah perkara ini terpendam jauh di lubuk hati.

Saya bersetuju atas semua pandangan untuk mengukuhkan halatuju dan gerak tari perjuangan Pas.

Namun saya kurang bersetuju apabila taktikal dan strategi yang dirangka oleh pemimpin-pemimpin Pas Terengganu begitu diagung-agungkan oleh pendokong Pas.

Lebih hairan, kawan-kawan daripada negeri yang menang dalam PRU 12 yang lepas pun turut terpengaruh dengan permainan politik pemimpin Pas Terengganu.

Saya sendiri orang Terengganu.

Saya masih terlibat secara langsung dengan salah satu kawasan pilihanraya di Terengganu.

Kawan baik saya yang sama mak dan sama ayah adalah salah seorang calon Pas Terengganu dalam PRU 12 yang lepas.

Sekian lama, termasuk dalam kempen PRU 12 yang lepas, saya berpendirian bahawa pendekatan politik Pas Terengganu tidak strategik.

Bagi saya senang, politik adalah persepsi. Untuk mendapat sokongan dan meraih kredit politik, persepsi masyarakat terhadap Pas perlu dielokkan.

Bukan sekadar persepsi daripada orang Pas, tapi seluruh masyarakat tanpa mengira agama, bangsa, jantina, SES status, pendidikan, sosial dan lain-lain.

Prinsipnya mudah, semua orang hanya boleh memberi satu undi.

Orang Islam dan bukan Islam, semua satu undi.

Orang kaya dan orang miskin, juga masing-masing satu undi.

Orang segak dengan orang capik, juga satu undi.

Orang sihat dengan orang sakit, masing-masing satu undi.

Bagi mendapat sokongan majoriti dan diterima secara menyeluruh Pas mesti mengambil kira semua komponen masyarakat yang ada.

Pas tidak boleh menang dengan hanya undi orang Pas sahaja.

Inilah yang tidak dilakukan oleh Pas Terengganu.

PKR Terengganu lumpuh dan tenat 'diganyang' oleh Pas.

Sepatutnya PKR dijadikan alat dan batu loncatan oleh Pas untuk memenangi pilihanraya.

Kerana ramai orang Umno yang yang dah benci dan mual dengan Umno/BN, tapi mereka sukar untuk menyertai Pas.

Maka PKR mesti dihidupkan untuk menyediakan platform bagi mereka menentang Umno/BN.

Pas mesti menolong PKR bernafas, supaya mereka boleh mainkan peranan yang tidak boleh kita mainkan dengan label Pas.

Tapi Pas Terengganu tidak bertindak begitu.

Pas Terengganu sentiasa melihat PKR sebagai ancaman, bukan peluang.

Akhirnya, orang-orang yang sebelum ini sokong PKR kembali sokong Umno/BN.

Akibatnya, ketika negeri-negeri lain begitu gah meraih kemenangan, Pas Terengganu ditolak oleh rakyat yang majoritinya Melayu dan Islam.

Kalau dah orang Melayu dan Islam sendiri menolak Pas, apa lagi yang Pas Terengganu hendak banggakan.

Ketika negeri lain yang Pasnya tidak begitu kuat seperti Johor, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan dan lain-lain boleh menang, kenapa Pas Terengganu tersungkur penuh keaiban?

Jawapannya mudah, strategi politik Pas Terengganu tidak menjadi.

Saya berautoriti untuk mengatakan hakikat ini kerana saya orang Terengganu dan terlibat dengan jentera Pas Terengganu.

Tak tahulah pulak kalau ada kawan-kawan daripada negeri lain yang lebih faham tentang negeri Terengganu berbanding saya, lalu ingin menentang pandangan saya.

Selain itu Pas Terengganu juga sentiasa memusuhi dan meletak prasangka yang sangat tinggi kepada Anwar Ibrahim.

Sedangkan pada masa sekarang dan dalam PRU 12 lepas, massa/rakyat umum begitu menerima dan mengagumkan Anwar.

Pas Terengganu tidak bijak memanfaatkan peluang ini untuk mendapat sokongan dan kepercayaan masyarakat.

Akhirnya mereka tewas teruk dalam PRU 12 yang lepas.

Dalam gerakan Islam, apa sahaja strategi yang syarie boleh digunakan untuk mencapai matlamat perjuangan.

Apa yang tidak syarienya mempergunakan Anwar untuk Pas menang di Terengganu?

Seharusnya kita bijak mengatur strategi dan memanfaatkan peluang yang ada untuk menang.

Semua orang tahu bahawa Anwar bekasan Umno.

Semua orang tahu bahawa Anwar begitu licik politiknya.

Semua orang tahu bahawa Anwar ada agenda politik beliau.

Tetapi tidak salah menjadikan Anwar sebagai satu peluang dan aset untuk kita menang pilihanraya, khususnya untuk Pas Terengganu.


Puak Erdogan

Paling saya bimbang, sebahagian pemimpin Pas Terengganu ingin menjadi juara merangka strategi untuk politik Malaysia.

Lalu keluarlah daripada mereka analisis, strategi, percaturan dan sebagainya berkaitan halatuju politik Malaysia.

Analisis saya senang saja, belum puaskah kamu memburukkan wajah Pas pada pandangan rakyat Terengganu, hingga kamu ingin pula memburukkan wajah Pas pada pandangan rakyat Malaysia pula?

Malangnya, strategi ini ditelan juga oleh pimpinan dan penggerak Pas di negeri lain, khususnya negeri yang memenangi PRU 12 baru-baru ini.

Nasihat saya mudah, untuk kawan-kawan di luar sana sama ada Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak dan lain-lain, teruslah dengan cara berpolitik kalian.

Sekurang-kurangnya sedikit sebanyak kalian telah diterima oleh rakyat kalian dan berjaya memenangi PRU 12 yang lepas.

Usahlah kalian terpengaruh dengan taktikal 'serang', 'haram', 'pulau', 'labeling' yang dimomokkan oleh pemimpin Pas Terengganu.

Kerana terbukti strategi tersebut langsung tidak efektif dewasa ini.

Kerana pemimpin Pas Terengganulah, lahir istilah puak Erdogan dalam Pas.

Siapa yang memulakan istilah tersebut bukan lagi rahsia.

Siapa si Suhaimi yang berselindung di sebalik nama anti Husam jugak bukan lagi rahsia, semuanya adalah virus pemikiran Pas Terengganu.

Akhirnya strategi serang, haram, pulau, labeling yang menjadi mainan Pas Terengganu telah meresap kepada penyokong dan ahli Pas seluruh negara, yang akhirnya hampir memusnahkan jemaah.

Alangkah bahananya strategi pemimpin Pas Terengganu.

Ada yang kata, pemimpin Pas Terengganu bercakap berasaskan ilham, kerana tatkala kita lena diulit mimpi mereka berlazatan di atas sejadah bermunajat kepada Allah.

Ingin saya tegaskan, cara berfikir dan kaedah mengatur strategi pemimpin Pas Terengganu jauh berbeza dengan Tok Guru Nik Aziz, Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan.

Lalu ingin aku bertanya, tatkala pemimpin Pas Terengganu sedang berlazatan di atas sejadah bermunajat kepada Allah, adakah Tok Guru Nik Aziz sedang berkaraoke dan bergelek di kelab malam?