Monday, June 15, 2009

Boneka Penjajah

Kerajaan terpaksa berhempas pulas untuk menyebarkan propaganda supaya rakyat Malaysia bersetuju supaya bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) tidak dibenarkan pulang semula ke Malaysia.

Pelbagai cara digunakan. Segala media dikerahkan untuk menanamkan sentimen ini.

Aku sendiri tidak pernah kisah sama ada Chin Peng pulang atau tidak. Kedua-dua pilihan tersebut tidak penting dan tidak relevan langsung dengan aku.

Tapi aku meluat bila propaganda yang disebarkan itu semakin menjadi-jadi dan tak masuk akal.

Sebagai contoh, malam kelmarin sebuah stesyen TV menyiarkan dokumentari dan temubual dengan bekas Ketua Polis Negara tentang kekejaman komunis.

Aku hanya tengok seimbas lalu. Tak boleh tengok sampai habis, bimbang termuntah dan terjeluak.

Bekas Ketua Polis yang ditemuramah itu, kalau tidak silap aku ialah Tan Sri Sir Claude Fenner yang menjadi Ketua Polis Malaysia dari tahun 1958 hingga 1968.

Claude Fenner adalah seorang penjajah!

Pada tahun 1955, beliau memegang jawatan Ketua Polis di Johor. Ketua polis kerajaan yang menjajah Tanah Melayu!

Semasa pendudukan Jepun pada tahun 1945, Askar British berpangkat Leftenan Kolonel itu bertugas dengan Pentadbiran Tentera British ("British Military Administration").

Dia dilantik menjadi Ketua Polis Negara yang pertama adalah untuk memastikan aspirasi penjajah terus berjalan di Tanah Melayu walaupun kononnya Tanah Melayu telah merdeka.

Muslihat Inggeris mengekalkan pegawai polis dan tenteranya selepas Malaya diisytiharkan adalah untuk terus melindungi syarikat-syarikat Dunlop, Socfin, Harrison Crosfield, Sime Darby dan lain-lain yang menjadi punca kekayaan besar mereka.

Mereka terus menjajah Tanah Melayu walaupun kononnya Tanah Melayu telah diberi kemerdekaan.

Apa hak dia nak bercakap tentang kejahatan komunis?

Kamu adalah penjajah yang lebih jahat!

Peliknya, kenapa media menggunakan orang sebegini hina untuk bercakap bagi pihak negara untuk menerangkan keburukan komunis.

Uweeekkkk.....

No comments: