Tuesday, June 16, 2009

British, Jepun & PKM

BRITISH

British telah menjajah Tanah Melayu ratusan tahun.

Segala kekayaan negara telah dipunggah.

Rakyat dipaksa menerima peraturan dan undang-undang imperialisme mereka.

Rakyat yang menentang dianggap penderhaka lantas ditangkap, dipenjara, dibuang negeri dan dibunuh.

Tok Janggut mati dibunuh. Mayatnya digantung terbalik dan dikelar.

Tok Guru Abdul Rahman Limbong dibuang negeri, kononnya ke Mekah untuk mengelak tindak balas yang lebih dahsyat.

Ramai lagi, antaranya Tok Gajah, Datok Bahaman, Mat Kilau, Abdullah Jurukaka dan lain-lain.

Burhanudin Helmi turut dipenjara.

Ahmad Bostaman, Pak Sako turut dipenjarakan.

Tapi undang-undang British (Lord Reid) digunakan sebagai asas perlembagaan negara.

British diagung dan diampu walaupun British tidak pernah membayar satu sen pun kepada rakyat Tanah Melayu (Malaysia) atas penderitaan akibat penjajahan mereka.

Bahkan kita berbangga dengan hubungan diplomatik yang kukuh dengan mereka.

JEPUN

Jepun menjajah Tanah Melayu hanya beberapa tahun.

Namun kesesangraan yang dideritai oleh rakyat tidak terbayang oleh akal.

Berapa ramai yang dipancung kepala.

Berapa ramai yang kebuluran.

Berapa ramai yang terpaksa menyambung nyawa dengan ubi kayu dan ubi gadung.

Tidak terkira berapa ramai yang mati akibat paksaan membina landasan keretapi maut.

Sehingga ini satu sen pun Jepun tidak bayar kepada rakyat Tanah Melayu (Malaysia) atas penderitaan tersebut.

Namun Jepun diagung-agungkan.

Dasar Pandang Ke Timur diperkenalkan.

Kita berbangga dengan hubungan dagang dan diplomatik dengan mereka.

PKM - Rejimen Ke 10

PKM khususnya Rejimen Ke 10 yang dianggotai sepenuhnya oleh orang Melayu berhempas pulas berjuang melawan penjajah British dan Jepun.

Kadang-kadang terpaksa membunuh bangsa dan saudara sendiri yang berkhidmat sebagai askar dan polis penjajah.

Sejarah perjuangan mereka dihilangkan daripada silibus sejarah dibangku sekolah.

Mereka dimomokkan sebagai pengganas.

Sehingga hari ini persepsi ini tidak berubah.

UNTUNG SABUT TIMBUL, UNTUNG BATU TENGGELAM

Begitulah ragam dunia.

Beruntunglah engkau wahai British.

Bertuahlah engkau wahai si pendek Nipon.

Malanglah engkau wahai pejuang Rejimen Ke 10 PKM.

Kerana pemenang yang menulis sejarah!







A

No comments: