Friday, June 26, 2009

Michael Jackson Meninggal Dunia

Raja pop dunia, Michael Jackson telah meninggalkan dunia awal pagi tadi disyaki serangan jantung.

Dunia terkejut dengan kematian Michael sama juga dengan terkejutnya apabila Puteri Rakyat, Princes Diana mati bertahun yang lalu.

Namun ada sedikit perbezaan, Michael meninggalkan dunia setelah dikatakan memeluk agama suci Islam.

Walaupun beliau tidak sempat memberi kesan kepada dunia Islam dengan penyertaannya, namun sekurang-kurangnya beliau telah menerima keesaan Allah Rabbul Jalil.

Pada November tahun lalu, akhbar melaporkan, Michael memeluk Islam di rumah seorang rakannya Steve Porcaro di Los Angeles.

Turut hadir pada majlis itu penyanyi Yusuf Islam, pencipta lagu David Wharnsby dan penerbit album Philip Bubal.

Beliau dilaporkan memilih "Mikaeel" - sempena nama malaikat pembawa rezeki - sebagai nama Islamnya.

Abangnya Jermaine dilaporkan berkata, pemegang gelaran “penghibur sepanjang zaman” oleh Guinness World Records itu menunjukkan kecenderungan untuk memeluk Islam sejak awal 1990-an.

Michael kaya raya apabila album ketujuhnya Thriller terjual 109 juta keping, membina sebuah rumah mewah di Los Angelas yang dilengkapi dengan taman tema dan zoo persendirian.

Kediamannya itu sering dikunjungi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan menghidap penyakit yang tidak boleh dirawat.

Di situ beliau bergelut dengan kontroversi yang mendakwa beliau telah mencabul seorang kanak-kanak pada 1993. Beliau diseret ke mahkamah sepuluh tahun selepas itu.

Bagaimanapun, selepas perbicaraan panjang selama dua tahun, mahkamah telah membersihkan namanya dengan mengumumkan beliau tidak bersalah.

Sekiranya benar beliau telah Islam, moga Allah cucuri rahmat ke atas Allahyarham.

1 comment:

mountdweller said...

Salam bertandang.

Sekiranya betul beliau telah Islam sebelum kematiannya. Sama-samalah kita berdoa semoga rohnya dirahmati Allah.