Sunday, June 28, 2009

Muhyiddin Hina Calon Pas

Tan Sri Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia menghina Calon Pas Manek Urai sebagai 'penjual ikan'.

Muhyiddin membuat kenyataan tersebut selepas mengumumkan Ketua Pemuda Umno bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dipilih sebagai calon BN untuk PRK Manek Urai di Kampung Sok Luar, Manik Urai, di Kuala Krai.

Semasa mengulas tentang calon BN, Muhyiddin dilaporkan berkata,

"Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi."

PENJUAL IKAN tersebut dipercayai merujuk kepada calon PAS,Haji Mohd Fauzi Abdullah yang bekerja sebagai peniaga ikan.

Beliau cuba menunjukkan kepada pengundi di Manek Urai bahawa calon BN memmpunyai tahap sosial ekonomi dan status pendidikan yang jauh lebih baik berbanding calon PAS.

Mungkin Muhyiddin belum sedar, perbezaan itulah salah satu faktor UMNO hampir terkubur di Kelantan.

Majoriti pemimpin UMNO Kelantan adalah korporat besar. Memiliki status ekonomi yang sangat membanggakan.

Majoriti kalangan mereka tingal di kotaraya metropolitan, Kuala Lumpur.

Jarang-jarang balik ke Kelantan.

Majoriti pemimpin PAS tinggal di Kelantan.

Yang menjadi wakil rakyat (ADUN) pun sentiasa kehabisan duit, apatah lagi yang tidak bergelar wakil rakyat.

Namun mereka dekat dengan rakyat.

Apabila ada rakyat sakit, mereka yang sampai dulu. Bahkan lebih awal berbanding saudara mara si sakit itu sendiri.

Apabila ada kematian, mereka yang sampai dulu. Bukan sekadar ziarah, bahkan ada pemimpin PAS yang turun ke dalam liang lahad meletak jenazah si mati. Kemudian mengepalai tahlil dan doa untuk si mati.

Apabila dijemput ke kenduri, mereka tidak pernah menghampakan.

Begitulah dekatnya mereka dengan rakyat bawahan.

Orang Kelantan terkenal dengan celik politik.

Mereka tidak pernah hairan dan kagum dengan empayar ekonomi seseorang pemimpin.

Mereka lebih mementingkan pemimpin yang 'boleh numpang apabila sakit demam'.

Sebab itu PAS boleh memerintah Kelantan.

Sebab itu UMNO/BN kalah KO di Kelantan.

Namun Muhyiddin tidak pernah belajar realiti ini.

1 comment:

Sandus said...

keangkuhan muhyiddin buleh di umpamakan dgn keangkuhan firaun mesir semasa dia mengejar musa dgn kaum yahudi semasa mereka melarikan diri melalui sungai nail akhir nya musa dgn kaum nya berjaya menyeberangi sungai nail sedangkan firaun ditengelami nail.maka muhyiddin insyaalah dgn keangkuhan nya umno akan tersungkur dimanik urai.