Sunday, June 21, 2009

Penjajah Menulis Sejarah

Penjajah datang
menjajah bangsa merdeka
menguatkuasa hukum imperialis
merogol, memenjara, membunuh
bersultan di mata beraja di hati.

Pejuang bangsa bangkit melawan
ditembak, dikelar, dicincang
lawan tetap lawan
dari hidup bercermin bangkai
baik mati bergalang tanah.

Pengkhianat bangsa
bersubahat dengan penjarah
menghapus pejuang bangsa
dengan upah murah
menjilat ludah penjajah.

Penjajah dan pengkhianat
bersepakat menulis sejarah
konon merekalah pejuang untuk negara berdaulat.

Pejuang bangsa dicop pengganas
pejuang bangsa dicop penjahat
sepanjang usia harus dilaknat.


(2.20 pm, 22 June 2009)

No comments: