Sunday, June 28, 2009

Robohkan Saja Tugu Negara

Tugu Negara telah dibina untuk memperingati 'pejuang' yang gugur semasa mempertahankan negara semasa Perang Dunia Ke-2 dan semasa zaman darurat 1948 - 1960.

Bagi memperingati 'pejuang' tersebut, Perdana Menteri Malaysia akan melawat, bertafakur dan meletak kalungan bunga di tugu tersebut pada sambutan hari pahlawan saban tahun setiap 31 Julai.

Rasanya sudah sampai masanya untuk tugu tersebut dirobohkan dan diganti dengan monumen lain yang lebih bermanfaat.

Saya cadangkan tugu tersebut dirobohkan kerana beberapa sebab;

1. Majlis Fatwa kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa upacara meletak kalungan bunga di Tugu Negara adalah perbuatan syirik. Dosa syirik tidak akan diampunkan oleh Allah selama-lamanya. Kenapa kerajaan tidak mematuhi fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa mereka sendiri?

2. Perbuatan membina dan mempamerkan patung adalah budaya masyarakat jahiliah. Semenjak zaman Nabi Ibrahim sehingga zaman Nabi Muhamad, perbuatan ini menjadi amalan mereka.Kenapa masyarakat Malaysia yang bertamadun ini masih mengikuti budaya masyarakat jahiliah era sebelum kenabian?

3. Ulama secara jumhur bersepakat bahawa membina dan mempamer patung hidupan yang bernyawa hukumnya adalah haram. Ada hadis sahih yang menegaskan perkara ini. Model-model patung hanya boleh dibuat untuk beberapa situasi yang dibenarkan umpamanya untuk pembelajaran dan lain-lain. Kenapa dibiarkan perkara haram terus berdiri teguh depan mata, bahkan menjadi kebanggaan negara?

4. Layakkah orang yang bekerja dengan kerajaan penjajah dianggap sebagai pejuang negara? Darurat diistiharkan oleh British pada tahun 1948 bertujuan untuk menyekat dan membanteras golongan yang memperjuangkan kemerdekaan negara. Mereka terdiri daripada Hizbul Muslimin, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), PUTERA-AMCJA dan lain-lain. Apabila darurat diistiharkan, golongan ini ditangkap, dipenjara dan dihukum gantung. Sebahagian yang sempat melarikan diri berjaya menubuhkan Rejimen Ke-10 PKM dan meneruskan penentangan terhadap penjajah British. Layakkah askar dan polis yang berkhidmat dengan penjajah menentang pejuang kemerdekaan kiri dianggap sebagai wira negara yang mutlak sehingga perlu dibina tugu peringatan untuk mereka.

5. Semua patung yang pada Tugu Negara itu berwajah Mat Salleh atau Orang Putih atau mudahnya berwajah orang British iaitu penjajah yang menjarah Tanah Melayu. Tiada seorang pun yang berwajah Melayu. Apa yang nak dibanggakan?

Fikir-fikirkanlah wahai minda yang merdeka.

Di bawah ini saya catatkan secara ringkas maklumat ringkas tentang Tugu Negara yang 'dibangga-banggakan' ini.

Tugu Negara dibina untuk memperingati askar-askar yang telah gugur dalam mempertahankan negara semasa zaman perang dan darurat pada tahun 1942-1960. Ia merupakan satu kumpulan tujuh patung atau lembaga gangsa, tiap-tiap satunya empat kali lebih besar daripada orang biasa terletak di atas satu asas yang bujur di tengah-tengah pulau dalam sebuah kolam. Pulau itu berbentuk bujur 130 kaki panjang dan 96 kaki lebar. Asas tugu mula dibina pada Januari 1963 yang disalut dengan batu pejal bergilap yang berwarna zamrud daripada Sweden yang panjangnya 30 kaki, lebarnya 24 kaki dan tingginya 11 kaki 41/2 inci. Perbelanjaan untuk membinanya adalah RM1.3 juta. Tugu Pahlawan ini merupakan tugu terbesar di Malaysia. Di sebelah selatan tembok asas tugu terukir di kiri kanan lambang itu, di mana sebelah kanan adalah tulisan jawi dalam Bahasa Melayu dan sebelah kiri tulisan rumi dalam Bahasa Inggeris.

Patung-patung gangsa ini mewakili pelbagai Cawangan Pasukan Keselamatan, semuanya memakai pakaian seragam semasa dalam perang. Lima daripada lembaga menggambarkan Pasukan Keselamatan yang beroleh kemenangan. Lembaga yang di atas sekali, satu-satunya yang tiada senjata memegang sebatang tiang bendera yang di hujungnya berkibar bendera Malaysia. Upacara menaikkan bendera diadakan setiap hari di mana tiga orang anggota angkatan tentera meniup bagol lagu Last Post sambil seorang askar akan menaikkan bendera perlahan-lahan. Pada sebelah petang upacara yang sama dilakukan untuk menurunkan bendera itu. Di bawah sekali terdapat dua lembaga terbaring iaitu melambangkan mayat dua orang pengganas komunis.


Bagi menambah keindahan tugu ini, kolam separuh bulat telah dibina di kiri dan kanannya. Di dalam kolam itu, terdapat bunga teratai yang diperbuat daripada timah putih dan hitam dari Selangor dengan pancutan air yang boleh bertukar warna. Kawasan taman di sekeliling Tugu ditanam dengan pelbagai jenis pokok yang terdapat di Malaysia seperti pokok cemara, tembusu, kemboja dan sebagainya. Tugu tersebut lebih menarik lagi dengan adanya air terjun rekaan manusia sepanjang 165m yang mengalir dari atas bukit ke dalam 4 kolam yang pelbagai bentuk.


Tugu Peringatan ini dibina bagi mengingatkan kita kepada perwira-perwira yang telah terkorban mempertahankan tanah air semasa peperangan Dunia Pertama dan Kedua. Idea awal pembinaan tugu ini diusulkan oleh Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj pada tahun 1960 setelah beliau melawat Tugu Perang Iwojima di Amerika Syarikat. Ia telah direka oleh pengukir terkenal Amerika Syarikat, Felix de Weldon. Patung tersebut telah dibuat di Itali dan dihantar khas ke negara kita sebaik sahaja ia disiapkan.

3 comments:

kangkung said...

Ana sokong ya sheikh...itu barang jahiliah dan khurafat dirobohkan

KAPŠ˜MOB said...

Tugu negara lambang kebodohan dan celelaruan bangsa Malaysia, dari kecik lagi aku penin kenapa lembaga yang terbaring tu bukan Inggeris atau jepun???? Ayuh kita runtuhkan saja...

adrie said...
This comment has been removed by the author.