Sunday, July 5, 2009

Bebal Bahasa

Istilah 'tak reti bahasa' sangat popular di kampung kami.

Istilah ini pada asalnya digunakan untuk menggambarkan seseorang yang sukar memahami percakapan, arahan dan bual bicara orang lain.

Istilah ini kemudiannya disalah guna oleh orang ramai untuk menggambarkan sikap seseorang yang degil, tidak dengar cakap, suka melawan dan lain-lain.

Walaupun definisi yang pertama itu lebih tepat, namun definisi kedua tersebut tidak salah.

Perlakuan dalam definisi kedua tersebut dizahirkan setelah seseorang itu mengalami apa yang dimaksudkan dalam definisi pertama.


Nik Aziz Kena Minta Maaf


Sebelum ini saya ada menulis artikel Nik Aziz Kena Minta Maaf.

Ada rakan-rakan yang respons dalam blog ini.

Ada rakan-rakan yang hantar email kepada saya komen tentang artikel itu.

Artikel itu juga dikeluarkan dalam laman Tranung Kite Online. Ada juga beberapa orang rakan membuat komen.

Sebahagian daripada komen-komen itu bertaraf biasa sahaja. Sama juga komen-komen untuk artikel dalam blog-blog marhain yang lain.

Namun ada beberapa komen yang sedikit luar biasa.

Ada juga beberapa email yang luar biasa.

Ada yang menggelar saya bahalol, bengong dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Saya tak kisah pun dengan gelaran itu. Tak jadi kudis gatal pun.

Saya lagi tak kisah kalau komen itu dikeluarkan oleh penyokong kuat parti berlambangkan keris terbalik.

Sebab dalam artikel itu adalah sedikit sebanyak saya membuat analogi negatif terhadap parti kesayangan mereka.

Cuma saya sedikit hairan apabila penyokong kuat Tok Guru Nik Aziz yang paling lantang jerkah saya dengan laungan bahalol, bengong dan seadik-beradik dengannya.

Sebabnya saya kata 'Nik Aziz Kena Minta Maaf'.

Marah betul mereka kepada saya.

Saya berharap sangat agar mereka ini bukan orang yang berada dalam pasukan Tok Guru untuk mengurus parti dan jemaah.

Kalau mereka ini berada dalam pasukan Tok Guru, gila babi habis jadinya.

Atau dengan frasa lain, disebut kucar wokyoh dalam bahasa Kelantan.

Sebab mereka ini tergolong dalam definisi 'tak reti bahasa' seperti yang saya sebut kat atas tadi.

Saya menulis artikel tersebut secara sinikal.

Artikel sinikal ditulis secara sindiran dengan menggunakan analogi tertentu.

Ianya sebahagian daripada falsafah dan metafora penulisan.

Artikel tersebut tidak dimaksudkan secara tersurat, sebaliknya perlu difahami secara tersirat.

Orang putih panggil hidden or behind meaning.

Artikel itu tidak bermaksud Tok Guru Nik Aziz kena minta maaf.

Ianya hanya metafora untuk menyokong tindakan Tok Guru Nik Aziz.

Cuma ianya ditulis dengan satu falsafah penulisan yang berunsur sinikal.

Harap-harap mereka itu bukan orang penting dalam pasukan Tok Guru Nik Aziz.

Kalau tak, kucar wokyoh habis.

Sebab darjah kebebalan mereka agak tinggi jugak.

.............

No comments: