Thursday, July 2, 2009

Nik Aziz Kena Minta Maaf

Saya terbaca satu surat terbuka yang dihantar oleh seorang rakan yang berfahaman sosialis kepada YAB Datuk Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Surat tersebut meluahkan rasa terkilan apabila Tok Guru Menteri Besar Kelantan menyamakan Umno dengan sosialis dan komunis.

Saya bersetuju dengan pandangan itu bahawa Umno tidak boleh disamakan dengan sosialis dan komunis.

Saya juga bersetuju Pemuda Umno Kelantan yang membuat laporan polis kerana membantah kenyataan Tok Guru yang menyamakan Umno dengan sosialis dan komunis.

Saya cadangkan Tok Guru Nik Aziz membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pemuda Umno Kelantan di atas kesilapan dan keterlanjuran tersebut.

Sebagai seorang ulama yang berjiwa besar dan tawaduk, tidak salah rasanya Tok Guru merendah diri memohon ampun dan maaf di atas kesilapan yang kita lakukan.

Apabila bersalah dengan Allah, Tok Guru mengajar kita semua memohon ampun dan taubat.

Apabila tersilap dengan manusia, Tok Guru juga telah mengajar kita semua memohon maaf.

Allah tidak akan ampunkan dosa manusia yang ada kaitan dengan manusia lain.

Allah yang Maha Pengampun boleh mengampun dosa manusia yang seluas lautan selagi dosa tersebut hanya antara pesalah itu dengan Allah.

Sebaliknya Allah tangguhkan dahulu keampunan-Nya selagi manusia tidak menyelesaikan kesalahan tersebut dengan orang yang menerima akibat perbuatan jahatnya.

Tok Guru Nik Aziz telah melukakan hati dan perasaan pemuda Umno Kelantan apabila menyamakan Umno dengan sosialis dan komunis.

Sebagai seorang ulama yang disanjungi, Tok Guru Pas ini perlu bersikap merendah diri dengan memohon maaf dan membetulkan semula kenyataan beliau.

Kalau Tok Guru susah hendak menyusun kata memohon maaf dek rasa malu akibat kesilapan tersebut, biarlah saya menyusun ayat untuk Tok Guru.

Tok Guru kata begini;

"Ambo mintak maaf banyak-banyak kepada pemuda Umno Kelantan yang telah terguris perasaan akibat kenyataan ambo yang menyamakan umno dengan sosialis dan komunis tempoh hari".

"Ambo sedar kenyataan tersebut tidak betul".

"Sepatutnya pada hari itu ambo kata UMNO LEBIH TERUK DAN LEBIH JAHAT berbanding sosialis,komunis dan apa-apa sahaja pertubuhan yang ada di dunia ini".

"Ambo minta maaf banyak-banyak di atas kesilapan kenyataan ambo tempoh hari...."

Kenapa Tok Guru perlu kata begitu?

Sebabnya....

1) Kerajaan Yahudi Israel tidak merobohkan rumah ibadat orang yahudi. Mereka hanya merobohkan masjid umat Islam. Kerajaan umno yang mengaku Islam merobohkan masjid orang Islam sendiri di Kampung Bujal, Kemaman, Terengganu. Siapa lebih jahat antara umno dan Israel?

2) Nazi di Jerman tidak membunuh orang yang sebangsa dengannya, sebaliknya mereka dilaporkan membunuh orang yahudi dalam peristiwa holacoust. Sebaliknya kerajaan Umno membunuh orang yang sebangsa dan seagama dengan mereka dalam peristiwa Memali, sehinga 14 orang melayu muslim gugur menyembah bumi. Meninggalkan anak dan isteri yang terus menangisi pemergian orang tersayang sepanjang hayat. Siapa lebih jahat antara Umno dan Nazi?

3) Tentera Amerika sering mengepung, menceroboh dan menembak umat Islam yang berkampung dalam masjid di Iraq. Mereka tidak mengepung rakyat mereka dalam mana-mana rumah ibadat di Amerika. Kerajaan Umno mengepung, melontar bom asap, melontar gas pemedih mata ke dalam masjid al-Taqwa di Batu 6, Kuala Terengganu. Menembak meriam air kimia dan gas pemedih mata ke dalam masjid semasa protes PPSMI. Siapa lebih jahat antara Umno dan Amerika.

4) Tentera Serbia menembak dan membunuh orang Islam Bosnia dalam peristiwa penghapusan etnik di negara Balkan tersebut. Mereka tidak menembak rakyat mereka sendiri. Kerajaan Umno menembak orang yang sama bangsa dan agama mereka sendiri di Batu Buruk, Kuala Terengganu hanya supaya orang tidak pergi dengar ceramah. Siapa lebih jahat antara Umno dan Serbia?

5) Saya tidak pernah dengar komunis, sosialis, israel, serbia, yahudi dan Amerika meruntuhkan institusi pendidikan mereka. Namun kerajaan Umno dengan angkuh dan sombong meruntuh dan merobohkan Institut Berakan di Jalan Hiliran Kuala Terengganu, Terengganu. Masih ternampak di retina mata ini al-Quran bersepah-sepah selepas jentolak merobohkan institut tersebut. Siapa lebih jahat antara Umno dan semua yang saya sebutkan itu.

.................

3 comments:

kangkung said...

Biar ambo jawab...UMNO lah lebih jahat..

mine said...

Allah lebih tahu

unchangemelody said...

biar amboo katakan pgt lah yang jahat...