Tuesday, July 7, 2009

Pemimpin Umno Khianati Rakyat Kelantan

Pada tahun 2000, Awang Jabar iaitu ketua penerangan Umno Terengganu berucap dalam perhimpunan agung parti tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Antara isi ucapan tersebut adalah mendesak kerajaan pusat menarik balik royalti minyak kepada negeri Terengganu. Alasannya Terengganu pada masa itu sudah diperintah oleh Pas apabila memenangi pilihanraya umum pada tahun 1999.

Bertitik tolak daripada gesaan itu, kerajaan pusat akhirnya menghentikan bayaran royalti hasil petroleum kepada rakyat Terengganu.

Pada tahun 2004, Umno kembali memerintah Terengganu dengan Datuk Idris dilantik sebagai menteri besar.

Royalti minyak masih tidak dibayar kepada Terengganu. Entah ke mana duit rakyat Terengganu itu dihabiskan oleh kerajaan pusat.

Apabila Datuk Mohamad Said dilantik sebagai menteri besar Terengganu selepa PRU 12, barulah kerajaan pusat bersetuju membayar semula royalti minyak kepada Terengganu. Namun sehingga sekarang, bayaran yang dijanjikan belum ditunaikan.

Rakyat Terengganu menerima akibat kehilangan hak mereka akibat dikhianati oleh pemimpin-pemimpin Umno Terengganu. Khususnya pemimpin Umno yang tidak boleh menerima hakikat mereka tewas dalam PRU 10.

Isu yang sama sedang berlaku di Kelantan sekarang.

Datuk Mustapha Mohamad, pengerusi perhubungan Umno Kelantan dengan lantang dan berkobar-kobar mengisytihar dan memperjuangkan bahawa Kelantan tidak layak mendapat royalti minyak dan gas.

Katanya Kelantan tidak layak mendapat royalti tersebut kerana hasil itu diperolehi di kawasan bertindih Malaysia dan Thailand.

Rakyat Kelantan melihat pendirian Datuk Mustapha ini sebagai pengkhianatan pemimpin Umno terhadap rakyat dan negeri Kelantan.

Sepatutnya pemimpin Umno turut bersama-sama memperjuangkan supaya royalti tersebut dibayar kepada Kelantan, supaya rakyat negeri tadahan wahyu tersebut mendapat manfaat daripada hasil tersebut.

Begitulah sepatutnya pemimpin yang berjiwa rakyat.

Sebaliknya Umno Kelantan mengambil sikap untuk menentang rakyat mereka sendiri. Pemimpin Umno kelihatan berusaha keras untuk menyekat kebaikan yang ingin sampai kepada rakyat Kelantan.

Sepatutnya pemimpin Umno Kelantan berusaha keras mencari fakta dan hujah supaya royalti tersebut dibayar kepada Kelantan, demi kesejahteraan rakyat.

Pemimpin Umno Kelantan juga sepatut menggunakan pengaruh mereka untuk memujuk kerajaan pusat supaya memberi royalti tersebut.

Sebaliknya mereka menentang arus, menentang rakyat Kelantan yang mereka sendiri sedang cuba tawan hati.

Kalau begitulah sikap mereka, alamat lambat lagilah mereka nak menang di Kelantan.

Kemenangan BN/Umno di Kelantan bukan semakin hampir, bahkan semakin menjauh.

Mereka cuba memperlekehkan keintelektualan rakyat Kelantan.

Sedangkan rakyat Kelantan tahu bahawa jarak antara pelantar minyak dengan pantai mereka hanya 170 km berbanding Terengganu 220 km. Kenapa Terengganu dapat royalti tetapi Kelantan tidak?

Rakyat Kelantan tahu bahawa minyak dan gas tersebut dilombong dalam kawasan bertindih antara Malaysia dan Thailand melalui perjanjian bersama pada tahun 1979. Namun Rakyat Kelantan juga tahu bahawa hasil tersebut dibahagi dua. Selepas hasil tersebut dibahagi, kenapa tidak ambil 5 peratus hasil yang diperolehi oleh Malaysia untuk dibayar kepada Kelantan sebagai royalti?

Rakyat Kelantan sangat tahu tentang maritim dan pengairan antarabangsa. Rakyat Kelantan tahu bahawa jarak tiga batu nautika dari pantai adalah di bawah pengurusan kerajaan negeri. Rakyat Kelantan tahu bahawa jarak 3 hingga 200 batu nautika daripada pantai adalah di bawah ZEE iaitu zon ekonomi eklusif. Namun mereka tetap persoalkan kenapa Terengganu dapat royalti sebaliknya mereka dinafikan?

Rakyat Kelantan tahu bahawa kerajaan negeri mereka yang ditadbir oleh Pas sukar untuk berunding dengan kerajaan pusat untuk mendapatkan hak mereka.

Sebab itulah mereka mengharapkan pemimpin Umno Kelantan, termasuk Datuk Mustapha iaitu Menteri Perdangan Antarabangsa dan Industri memperjuangkan isu ini dengan kerajaan pusat. Mereka tahu bahawa pemimpin Kelantan mempunyai pengaruh yang besar untuk memujuk dan mendesak kerajaan pusat membayar royalti tersebut.

Sebaliknya, pemimpin Umno Kelantan mengambil jalan songsang menentang aspirasi rakyat jelata.

Bukan hendak tolong, sebaliknya khianati mereka.

Lambat lagilah BN/Umno nak tawan Kelantang.

1 comment:

chegarMD said...

Demi kepentingan agenda politik umno,pemimpim2 umno kelantan sudah
terkenal bagi rakyat kelantan bahwa mereka sanggup membelakangi rakyat sendiri dan perkara ini bukan satu rahsia lagi di mana dlm satu sidang dewan undangan negeri datuk mustafa mohd mengakui terangan2 tampa berselindung bahwa dia pernah menghalang projek2 turun kekelantan utk mengekang kerajaan pas. itulah dia sikap pemimpim umno sanggup mengkhianati
rakyat sendiri demi idiologi yg sempit.