Sunday, January 4, 2009

Palestin: Mujahidin Pasti Menang

Semalam tentera zionis Israel mula melancarkan serangan darat menggunakan armada kereta kebal ke atas Gaza yang diduduki oleh mujahidin Hamas.

Serangan ini dilancarkan setelah Israel tidak berpuas hati dengan tahap kemusnahan, kematian dan kecenderaan yang dihadapi oleh umat Islam Palestin setelah serangan udara yang bertalu-talu dilancarkan berminggu yang lalu.

Inilah wajah sebenar Israel, tentera yahudi yang tidak pernah puas ingin menuntut bela ekoran kekalahan mereka di tangan tentera Islam yang dipimpin oleh Salahuddin al-Ayubi lewat perang salib ratusan tahun dahulu.

Sekali imbas, serangan darat ini akan mengundang kemusnahan, kematian dan kecederaan yang lebih dahsyat di pihak umat Islam Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza.

Namun dari sudut lain, serangan ini membuka ruang yang luas untuk mujahidin Hamas yang disokong oleh doa dan semangat umat Islam seantero dunia untuk mengajar keangkuhan dan kebiadaban tentera rejim zionis laknatullah.

Walaupun kemusnahan yang akan dihadapi lebih dahsyat, namun peperangan darat akan membuka ruang yang luas untuk tentera Hamas memberi kecelakaan yang tidak terhingga kepada yahudi laknatullah.

Syaratnya, setiap umat Islam seantero dunia mesti sentiasa bersama dengan Mujahidin Hamas mempertahankan tanah wakaf umat Islam tersebut.

Setiap saat dan ketika, umat Islam mesti menitipkan doa untuk kemenangan Hamas di Palestin.

Setiap saat dan ketika, umat Islam mesti merayu dan merintih kepada Allah supaya mujahidin Palestin diberi pertolongan dan kemenangan oleh Allah.

Setiap saat dan ketika, umat Islam mesti merasakan sentiasa berada di barisan hadapan bersama mujahidin Hamas mempertahankan kiblat pertama umat Islam tersebut.

Kepada yang mampu, berpuasalah pada siang hari. Kerana doa orang yang berpuasa tiada hijab dengan Allah. Berpuasalah untuk sama-sama merasakan kesengsaraan saudara kita di Palestin.

Kepada yang mampu, bangunlah bermunajat dihening dinihari. Kerana doa yang diiringi airmata diwaktu embun menimbus bumi tiada hijab dengan Allah.

Kita berada dalam peperangan!

Tinggalah semua perkara yang maksiat dan dosa.

Fokuskan seluruh kehidupan kita kepada peperangan yang sedang kita hadapi.

Ulama' muktabar telah membuat fatwa, "mempertahankan bumi Palestin iaitu tanah wakaf umat Islam adalah fardu 'ain atas setiap umat Islam".

Ayuh sahabatku!