Saturday, January 2, 2010

BAHANA HADIAH TAHUN BARU

Beberapa jam sebelum menjelang tahun baru 2010, kerajaan Malaysia mengumumkan hadiah tahun baru yang agak lumayan untuk rakyat jelata.

'Harga gula dinaikkan 20 sen daripada RM1.45 kepada RM1.65'

Menyelusuri maklumbalas rakyat yang dipaparkan oleh saluran televisyen utama negara, saya membuat kesimpulan bahawa rakyat Malaysia menerima dengan gembira hadiah tahun baru ini.

Manakan tidak, sebahagian responden yang ditanya ada yang menjawab;

"...Saya tak kisah, kenaikan itu hanya 20 sen je. Tak membebankan pun.."

Ada juga yang menjawab;

"...Harga RM1.45 sebelum ni cukup murah. Saya sokong kerajaan naikkan sebanyak 20 sen tu.."

Meneliti hujah-hujah tersebut, seolah-olah rakyat Malaysia bergembira dengan hadiah tahun baru oleh Datuk Najib tersebut.

Tiba-tiba pada hari ini, terpapar dalam berita utama Utusan Malaysia isu tentang hadiah ini.


KUALA TERENGGANU 2 Jan. - Hampir kebanyakan peniaga kedai runcit di sekitar pinggiran bandar di sini menjual gula dengan harga RM1.70 sekilogram walaupun kerajaan menetapkan harga RM1.65 sekilogram di Semenanjung dan RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak.

Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati, rata-rata mereka tidak mengendahkan arahan kerajaan yang hanya membenarkan kenaikan 20 sen sahaja untuk sekilogram gula.

Seorang peniaga runcit yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli, mengakui terpaksa menjual dengan harga 5 sen lebih mahal daripada harga yang ditetapkan kerana mendapat bekalan gula dengan RM1.50 sekilogram dari pembekal.

Katanya, dia tiada pilihan lain memandangkan pembekal menjual dengan harga tersebut.

"Saya mengetahui tentang kenaikan harga gula semalam, bagaimanapun saya terpaksa menjual dengan RM1.70 disebabkan harga kos yang diperolehi daripada pembekal adalah RM1.50.

"Lagipun saya peniaga kecil-kecilan sahaja, jika dijual dengan harga RM1.65 perniagaan tidak untung," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang pekerja kedai runcit di Seberang Takir pula memberitahu, dia hanya berniaga di kawasan kampung dan bekalan gula juga agak terhad.

Katanya, permintaan gula tidak banyak dan jika dijual dengan harga RM1.65, mereka bakal menanggung kerugian.

"Peniaga runcit tidak sama dengan peniaga borong yang boleh menjual dengan harga murah, jadi kita terpaksa menjual harga RM1.70 jika kenaikannya 20 sen," jelasnya.


Nampaknya hadiah tahun baru oleh kerajaan mula menimbulkan bahana kepada rakyat.

Harga gula mula naik melebihi harga yang sepatutnya.

Walaupun harga tinggi, gula masih belum cukup dalam pasaran.

Harga barang makanan berasaskan gula sudah mula melambung melebihi kadar kenaikan harga gula yang diumumkan oleh kerajaan.

Malapetaka ekoran hadiah tahun baru mula dirasai oleh rakyat.

Terima kasih kepada kerajaan atas hadiah tersebut.

Kerajaan kata harga gula terpaksa dinaikkan kerana harga gula dunia meningkat, pengeluar gula terpaksa tanggung kerugian.

Bagi saya, tauke gula memang sering kerugian.

Sebab itulah tauke gula nombor 1 Malaysia iaitu Robert Kuok berjaya menjadi orang paling kaya di Malaysia.

Dengan harta terkumpul mencecah USD 9 bilion pada tahun 2008, Robert Kuok berada pada rangking 97 orang paling kaya di dunia.

Dengan kenaikan 20 sen bagi setiap kilogram, rangking Robert Kuok dalam senarai orang paling kaya di dunia akan meningkat lagi untuk tahun 2010.

Syabas kerajaan kerana mengkayakan tauke gula ini.

Terima kasih kerajaan atas hadiah tahun baru ini.

8 comments:

jejusoh said...

Saudara silap fakta, Robert Kuok bukan lagi raja gula malaysia, FELDA ialah raja gula malaysia bermula 2009 (rujuk The Edge Malaysia keluaran Nov. 2009)

http://www.theedgemalaysia.com/features/153788-cover-story-felda-is-malaysias-new-sugar-king.html

Cover Story: Felda is Malaysia’s new sugar king

Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) and its parent, the Federal Land Development Authority (Felda), are in the limelight once again.

This time around, it is because of FGVH’s takeover of tycoon Robert Kuok Hock Nien’s sugar assets in the country, with many wondering what the government authority has up its sleeve, and whether it will continue to churn out profits from the assets it is taking over from Kuok Group.

The focus in the immediate term is on FGVH, which is buying Kuok’s Malayan Sugar Manufacturing Co Sdn Bhd (MSM), Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd, about 5,800ha of land in Cuping, Perlis, and about 20% in Tradewinds (M) Bhd for a total consideration of RM1.5 billion.

Felda Holdings is 49% controlled by Lembaga Felda and 51% by Felda Investment Co-operative or Koperasi Permodalan Felda, which is the vehicle of Felda settlers and employees. The government has a golden share in Felda Holdings, while FGVH is the commercial entity of Felda.

----------------------------------
This article appeared in the Cover Story page of The Edge Malaysia, Issue 780, Nov 9-15, 2009.

討厭 said...

一句話,那就是,"船到橋頭自然直." ....................................................

如此的 said...

It may be that your sole purpose in life is simply to serve as a warning to others.............................................

NinaRRheaume said...

心中有愛,才會人見人愛。........................................

新車 said...

He that travels far knows much...................................................

佩璇佩璇 said...

快樂的微笑是保持生命康健的唯一藥石,它的價值千萬,卻不要花費一文錢..............................

林于名 said...

完成一個小目標,會把自己推向一個大目標 ....................................................

Porsha蔡Coghlan明宏 said...

唯有用熱情、用智慧去觀察事物,這事物才會把他的秘密,洩漏給我們......................................................